Sos serbaguna ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila=bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya.
BAHAN-BAHAN:
- 1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
- Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
- 2kg gula
- Garam secukup rasa
- Cuka makan secukupnya
- Air secukupnya
- Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
- Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
- Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sosn yang dikehendaki.
- Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.
Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Kredit resipi & gambar: Mummy Violet via MAHN