Penggemar hidangan Rojak Sotong Kangkung mesti suka resipi ni. Maklumlah, jika dibeli, sepinggan kecil sahaja dah mahal harganya. Sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri secara homemade.
Keenakan Rojak Sotong Kangkung terletak pada sos dan juga pada sotongnya. Amat penting untuk tahu cara mengolah sotong kembang supaya tidak berbau. Jika sos sudah enak tapi sotongnya berbau, memang kurang berseleralah.Oleh itu kena tahu cara serta petua untuk mencuci sotong jenis ini.
Dah terasa nak makan ke tu? Menerusi perkongsian saudari Puteri Santubong, beliau kongsikan resipi Sos Rojak Sotong Kangkung yang mudah, sedap dan tak guna banyak bahan.
Malah beliau juga bermurah hati dengan berkongsi petua untuk menghilangkan bau sotong kembang. Jadi tunggu apa lagi kan? Jomlah masak. Selamat mencuba.
Korang tahu tak, sea food antara lauk pauk yang sedap dan paling senang nak masak, campak-campak dalam kuali, kemudian kacau-kacau dah siap. Sesuai sangat kalau korang jenis yang sentiasa sibuk dan ahli keluarga gemar makan sea food. Oleh itu, RASA cadangkan korang cuba menu seafood ini, ada lima resipi yang simple. Masak pun tak sampai 15 minit dah siap. makan panas-panas, emmm memang sedap hingga menjilat jari. Cubalah salah satu ye, mesti En Suami puji punya.
KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
KUPANG TUMIS BAWANG PUTIH MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
1kg kupang
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk oregano
Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
Angkat dan hidangkan.
LALA TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 kg lala-bersih dan tos
2 batang serai –kisar kasar
3 tangkai cili merah-kisar kasar
3 tangkai cili padi-kisar kasar
3 ulas bawang putih-kisar kasar
1 biji bawang besar-kisar kasar
3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
1 biji tomato-cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.
UDANG MENTEGA MADU LEMON
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL- bersih dan tos
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang besar-cincang
2.5cm halia-hiris halus
Sedikit parutan kulit lemon
1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar madu
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
Sedapnya Kerang Bakar. Bagi anda yang menggemari sajian ini, bolehlah cuba masak sendiri menggunakan resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira. Menu enak tentunya membuka selera dan lebih enak dinikmati jika dimasak sendiri. Jom cuba.
CARA MASAK KERANG BAKAR ALA PARAMESWARA
BAHAN-BAHAN:
1kg kerang – dicuci bersih kulitnya
Aluminium foil/daun pisang
Beberapa tangkai daun kesum
BAHAN KISAR:
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar atau cili boh – beli online disini
Sambal kerang pedas-pedas manis, makan dengan nasi lemak atau nasi putih memang sedap. Pendek kata tak cukup nasi sepinggan.
Beli yang segar atau isi kerang yang siap dikopek. Tapi kalau nak segar dan terasa kemanisannya, kerang segar pilihan terbaik.
Buat pedas-pedas manis selain makan dengan nasi, sambal kerang juga boleh dibuat sebagai makanan pelengkap untuk dicicah bersama lempeng dan jemput-jemput.
SAMBAL KERANG
BAHAN-BAHAN:
( untuk 2 orang makan )
1/2kg kerang
10 tangkai cili kering (rendam kasi lembut)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit air asam
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Rebus kerang. Kalau kulit dah nampak macam terbuka tuu maknanya dah masak lah tuu
Kisar cili kering,bawang merah, bawang putih dan belacan
Panaskan minyak masak, tumis lada yang telah di kisar tadi sampai pecah minyak
Masukkan sedikit air asam, garam dan gula tunggu sampai sambal jadi garing.
Akhir sekali masukkan kerang yang telah dikopek (kalau tak nak kopek pun boleh)