Resipi Sos Spagetihomemade yang sedap, mudah dan tanpa pengawet perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang kena cuba. Kalau anak-anak anda jenis peminat tegar pasta, seminggu 2-3 kali minta spageti, sos ni memang kena cuba buat. Jimat banyak. Malah sos ini juga sesuai buat anda yang gemar makan sos spageti yang kurang masam. Rasa dia tidak lah sepekat, masam dan berasid seperti di dalam tin. Rasanya lebih bersifat hambar tapi masih sedap dimakan. Jom cuba. Anda pasti sukakannya
RESIPI SOS SPAGETI BOLOGNESE HOMEMADE GUNA TOMATO SEGAR
Rasa kuah mi kari chinese style agak mild dan kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambah sambal yang diasingkan mengikut citarasa anda.
MI KARI CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning- dicelur
BAHAN KUAH:
100gm cili kering – rebus dan kisar
3 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 batang serai – diketuk
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 kotak kecil santan
Tauhu apung
Fish cake
CARA MEMASAK:
Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak
Masukkn santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apong
BAHAN SAMBAL:
300gm cili kering – rebus
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.
BAHAN HIASAN:
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis (potong separuh)
INFO: Mi kari sedap di makan dengan wantan goreng.
Laksa beras homemade, sedap dan puas hati. Tambah sekarang susah nak dapat laksa beras. Buat pulak kuah lemak putih (orang pantai timur memang suka kuah ini), memang terangkat.
Taklah susah sangat nak buat sendiri laksa beras ni. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Roslina Shaari Ina Kie ni ye. Gerenti jadi.
Letak tepung beras dan tepung ubi dalam bekas. Larutkan garam dengan air panas. tuang sikit-sikit air panas ke dalam campuran tepung sambil kacau dengan senduk. Kalau rasa keras, tambah air panas sedikit demi sedikit.
Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul. Masa kepal tangan sapu minyak. Kemudian masukkan ke dalam acuan. Saya guna acuan maruku.
Panaskan kukusan terlebih dahulu. Bentukkan laksa dan buat sampai habis.
Terus kukus selama lebih kurang 20 minit.
Angkat dan letak dalan air sejuk biasa, sekitar 5 minit. Buang air dan tambah air baru. Kacau laksa supaya terlerai antara satu sama lain dan elakkan ia melekat. Terus tapis.
Boleh dimakan dengan pelbagai kuah laksa. Ikut Selera masing-masing lah ye.
Masukkan mee (Numee tak perlu dicuci, ditulis pada paket). Saya celur sekejap dalam air panas, untuk elakkan mee patah bila digaul nanti. Mee keras bila keluarkan dari peti sejuk.
Pecahkan sebiji telur dan biarkan jadi scramble (nak pekatkan kuah)
Masukkan udang yang digoreng tadi, tutup api dan sedia dihidang
Nak makan nanti tabur daun sup, bawang goreng, perah limau dan makan bersama timun
NOTA:
Saya rujuk 70% resepi Azie Kitchen dan olah ikut bahan yang ada dapur sahaja. Dia guna kicap pekat dan kicap mee. Saya pula tak pernah beli macam-macam jenis kicap. Hanya ada kicap manis.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.