Anda dan keluarga suka makan steamboat? Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Kalau nak tahu, tahap keenakan sesuatu hidangan steamboat ni terletak pada sos pencicahnya. Jika sedap sos, makan sedaplah steamboat anda tu. Nak cuba buat sendiri sos steamboat homemade? Ini resipi sos yang anda kena cuba.
RESIPI SOS STEAMBOAT HOMEMADE ALA JOHNNY’S
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih – beli online disini
5 sudu besar minyak bijan – beli online disini
5 sudu besar sos ikan – beli online disini
5 sudu besar cuka epal – tak ada cuka biasa pun boleh
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
2 sudu besar kicap lemak manis – beli online disini
1 sudu besar pati sunquick
1 sudu kecil tepung jagung – beli online disini
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak – beli online disini
Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick ke dalam periuk
3. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.
4. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.
5. Sebelum tutup api,masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
BAHAN SUP STEAMBOAT ( STOK AYAM)
3 ulas bawang putih – ditumbuk
Sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kiub pati ayam
Tulang ayam
Garam secukup rasa – jika perlu
Hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan airdengan secukupnya.
3. Bila dah mendidih,masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam (kalau ada).
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok ayam ni dah masak,boleh la masukkan bahan-bahan steamboat ya.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Saba Natasha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official