Makan steamboat tanpa sos pencicah tidak lengkap rasanya. Nak belajar cara membuatnya , boleh ikut resipi yang dikongsi ini. Sos Steamboat ni pun enak dicicah dengan popia Vietnam,kerang, udang dan sotong bakar . Pendek kata boleh dikatakan pencicah serbaguna jugalah.
Resipi bahan kisar sos steamboat:
10 biji lada merah besar (dibuang biji)
10 biji cili padi merah jika tak suka pedas boleh kurangkan
4 ulas bawang putih
1 genggam batang ketumbar bersama akarnya
Kisar semua ni hingga lumat bersama sedikit air
Bahan sos:
1/2 botol sos cili
Ads
2 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sunquick
2 kiub pati ayam knorr
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan setengah gelas air
2 gelas air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan putih
1 mangkuk kecil daun ketumbar dihiris halus
6 biji bawang putih dicincang halus
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan kisar dan bahan sos dalam periuk kecuali air tepung jagung dan daun ketumbar.
2.Kacau rata,setelah mendidih masukkan air tepung jagung dan kacau sebati.
3.Perlahankan api dan biarkan sos mereneh 20 minit atau hingga kuah agak pekat. Rasa masam, pedas, manisnya jika ada yang terkurang tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu tabur hirisan daun ketumbar. Banyak lagi sedap.
*jika sos cair tambah air bancuhan tepung jagung jika terlalu pekat tambah sedikit air. Siap untuk dinikmati.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ada kala kita hilang selera makan. Tak lalu nak makan lauk yang beria-ia sangat misalnya rendang atau masak lemak cili padi.
Ketika ada masalah selera makan, cuba masak sambal yang simple-simple saja. Ini kerana sambal yang sebegini biasanya boleh meningkatkan selera.
Hanya perlu tumis-tumis sahaja. Bahan yang digunakan pun sangat minimum.
SAMBAL GORENG KENTANG BERBILIS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
2 biji kentang (potong kecil)
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 tangkai cili kering (basuh dan potong-potong)
10 tangkai cili padi (hiris kecil)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Goreng kentang. Kemudian angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak. Tinggalkan secukupnya untuk menumis saja.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih.
6. Masukkan cili kering dan cili padi. Tumiskan lagi.
7. masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
8. Perasakan dengan garam. Gaul sebati.
9. Siap. Boleh dihidang.
Sambal tempe yang biasa dibuat selalunya adalah tempe goreng yang digaul dengan sambal. Tapi sambal tempe kangkung ini agak berbeza.
Tempe dilenyek atau dihancurkan duluy digaul dengan sambal bersama kangkung. Lagi enak jika sambalnya dilebihkan cili agar rasanya lebih pedas.
Kata Hafizah Fiza yang berkongsi resipi, ini kali pertama dia mencubanya dan ternyata sangat sedap. Inilah lauk, sambal dan ulam, semua dalam satu masakan ini.
Sambal Tempe Kangkung, Buat Pedas Lagi Sedap
Bahan-bahan
Kangkung -dipotong
Tempe – dipotong
Bawang merah
Sedikit bawang putih
Cili padi -lebihkan lagi sedap
Cili merah
Sedikit belacan
Garam
Gula
Serbuk perasa -jika suka
Cara memasak
1. Goreng tempe yang dipotong hingga masak. Sementara itu potong kangkung
2. Kisar kasar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah.
3. Kangkung dibersihkan dan dipotong.
4. Ambil tempe yang telah digoreng tadi kemudian dilenyek atau dihancurkan dengan lesung.
5. Dalam satu bekas, satukan tempe hancur tadi bersama bahan dikisar kasar. Gaul sebati.
6. Panaskan minyak, kemudian bahan yang disatukan tadi. Tumis hingga garing.
7. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa, kacau.
8. Akhir sekali masukkan kangkung dan gaul sebati. Bila kangkung agak layu tutup api. Hidangkan.
Sambal Pijak Gajah. Wahhh… Dasyat sungguh namanya. Jangan risau, sambal ini tidak menggunakan sebarang unsur bahan dari gajah. Hanya namanya sahaja.
Bahan utama dalam penghasilan sambal ini adalah ikan bilis. Bila nak jadikan sambal, kenalah ada cili padi. Barulah enak.
Jika tidak salah, di sesetengah tempat sambal ini dipanggil dengan nama Sambal Gesek. Cukup ringkas bahan-bahannya dan tidak memerlukan ia dimasak.
Hanya tumbuk bilis yang sudah dibersihkan bersama bahan-bahan pelengkap yang lain. Nikmatinya bersama nasi putih panas. Rasanya pula kombinasi rasa masin, pedas dan masam. Memang terbaik. Jomlah cuba resipi perkongsian saudari Azuhaina Azu ni. Pasti puas hati.