Sajian Soto Ayam memang tak lengkap tanpa Begedil Daging dan Sambal Kicap. Tak cukup syarat. Bagi anda yang nak masak Soto untuk suami dan anak-anak sempena hujung minggu nanti, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK SOTO AYAM, BEGEDIL DAGING & SAMBAL KICAP SECARA HOMEMADE

Resipi Soto Ayam, Begedil Daging & Sambal Kicap Yang Sedap.

 

SOTO AYAM

Resipi Soto Ayam, Begedil Daging & Sambal Kicap Yang Sedap.

BAHAN SOTO:

  • Nasi impit
  • Suhun goreng
  • Tauge – cuci bersih & toskan
  • Fishcake – goreng & hiris
  • Tauhu – goreng & hiris
  • Kacang tanah – goreng
  • Daun bawang & daun sup secukupnya – hiris

BAHAN KUAH SOTO:

  • 1/2 ekor ayam – potong dua
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 1/2 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu teh bahan perasa
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 1/2 sudu makan serbuk rempah sup
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma
  • 3 akar daun sup – basuh bersih & ketuk
  • 3 hiris lengkuas – ketuk
  • 2 biji buah keras – ketuk
  • 2 batang serai – ketuk
  • 2 senduk minyak masak untuk menumis
  • 3 liter air – boleh lebihkan

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia – sebesar ibu jari
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan lada hitam

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan kisar. Tambah sedikit air dan kisar halus.

2. Panaskan minyak, masukkan bunga lawing, serai, buah keras dan lengkuas. Tumis hingga naik bau.

3. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, kiub pati ayam, garam dan bahan perasa. Tumis hingga naik minyak dan rempah menjadi garing.

4. Tambahkan air dan akar daun sup. Biarkan mendidih.

Resipi Soto Ayam, Begedil Daging & Sambal Kicap Yang Sedap.

5. Masukkan ayam dan renehkan hingga ayam masak sepenuhnya. Sesuaikan rasa.

Resipi Soto Ayam, Begedil Daging & Sambal Kicap Yang Sedap.

IKLAN

6. Toskan ayam dan matikan api sup.

7. Ayam digoreng seketikan dan toskan Kemudian carikkan isinya. Ketepikan seketika.

Resipi Soto Ayam, Begedil Daging & Sambal Kicap Yang Sedap.

8. Masukkan nasi impit, suhun goreng, tauge, fishcake, tauhu, kacang goreng dan hirisan daun sup serta daun bawang ke dalam mangkuk.

9. Tambah isi ayam carik dan begedil daging dengan secukupnya.

10. Tuang kuah soto dan nikmati bersama sambal kicap untuk rasa lebih enak.

 

BEGEDIL DAGING

Resipi Soto Ayam, Begedil Daging & Sambal Kicap Yang Sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji ubi kentang – kupas kulit dan belah 4
  • Sedikit daun sup – hiris
  • 2 sudu makan bawang goreng – jika suka
  • 200gm daging kisar
  • Serbuk lada sulah secukupnya
  • Mentega untuk menggoreng
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh tepung jagung

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur bersama tepung jagung hingga sebati.

IKLAN

2. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga empuk. Toskan dan lenyekkan guna lesung batu.

3. Goreng daging kisar tanpa minyak seketika. Kemudian hancurkan.

4. Satukan kentang lecek, daging kisar, daun sup, bawang goreng dan serbuk lada sulah. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.

5. Cubit doh dan bulat-bulatkan. Leperkan sedikit bagi membentuk begedil.

6. Panaskan minyak masak guna api sederhana.

7. Celup kepingan begedil ke dalam bancuhan telur dan goreng dalam minyak panas.

8. Bila begedil kelihatan garing keemasan, angkat dan ulang hingga habis adunan.

 

SAMBAL KICAP

Resipi Soto Ayam, Begedil Daging & Sambal Kicap Yang Sedap.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 35 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh gula
  • Kicap masin secukupnya
  • 1 sudu makam sos cili – boleh gantikan dengan perahan limau nipis
  • 1 senduk kecil kuah sup soto

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan cili dan buang tangkainya.

2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar halus.

3. Nikmati sambal kicap bersama soto dan begedil daging.

 

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Tengah cari PERIUK NASI ELEKTRIK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.

 

Nak lebih banyak resipi yang mudah & sedap? Boleh cuba resipi di bawah ni.

Resipi Puding Roti Tawar. Cantik, Mudah Buat & Sedap.

Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.

Kek Span Pandan Santan Guna Sukatan Cawan. Baru Belajar Buat Pun Confirm Jadi.

Tomyam Sayur Thai. Resipi Istimewa Yang Sangat Sedap.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI