Sana sini orang bercakap mengenai keenakan Soto Tok Mak yang sedang viral di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Lagi-lagi hidangan ini boleh dipesan dan kemudian dihantar ke lokasi korang. Maknanya senang sungguhlah kalau korang tiba-tiba teringin nak merasa soto sedap cita rasa resipi orang Johor ni.

Min dah pernah try soto ni. Memang sedap menjilat mangkuk orang kata tu. Kuahnya rasa berempah, bergedel pun sedap sesangat. Memang cukup lengkaplah dengan sambal kicap yang menjadi treadmark orang Johor. Kalau order, sila tambah bergedel tau. Sebab seketul bergedel tu memang tak cukup dek kesedapannya tu.

Hanya berharga RM6 untuk setiap pek, caj penghantaran dikenakan mengikut kawasan. Jadi, orang Lembah Klang dan Putrajaya apa tunggu lagi? Bolehlah order dan rasa keenakan soto yang tengah viral sekarang ni.

Empunya Soto Tok Mak, Intan Dahlianna Daud sudi berkongsi resipi soto viral ini.

SOTO TOK MAK

Resipi Soto Tok Mak Yang Viral Di Jalan Duta, Kuala Lumpur

BAHAN KUAH SOTO

IKLAN

Bahan A (Bahan Tumis)
1 gram kulit kayu manis
1 gram bunga lawang
1 gram buah pelaga
1 gram bunga cengkih
1/2 biji bawang besar dihiris
1 biji bawang putih

Bahan B (Bahan Kisar)
25 gram halia
25 gram bawang putih
150 gram bawang besar

Bahan C
1/2 peket rempah soto
1 ketul rangka ayam
1/2 kg kaki ayam
1 liter air
Garam secukup rasa

Bahan D (Bergedel)
1 kg kentang
250 gram ayam (rebus dan kisar)
1/2 sudu besar lada sulah
Garam secukup rasa
Telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan E (Sambal kicap)
100 gram cili padi
3 biji bawang putih
1/2 botol kicap
Sedikit garam

IKLAN

Bahan F (Bahan hiasan)
Suun goreng
Kacang tanah goreng
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Ayam racik

Bahan G
Nasi Impit atau mihun
(Nasi impit rebus hingga lembut dalam 2 jam)

Resipi Soto Tok Mak Yang Viral Di Jalan Duta, Kuala Lumpur

CARA MEMASAK KUAH SOTO
1. Tumiskan semua bahan A.
2. Kemudian masukkan bahan B yang telah dikisar.
3. Tumis sehingga naik minyak dan bau. Kemudian masukkan rempah soto dan tumis sekejap.
4. Masukkan rangka ayam dan kaki ayam
5. Masukkan air dan tutup dengan penutup periuk, biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan garam secukup rasa. Apabila rangka dan kaki ayam dah empuk, boleh matikan api.

IKLAN

CARA MASAK BERGEDEL
1. Kupas kulit kentang dan belah 4.
2. Goreng kentang sehingga empuk. Angkat dan toskan.
3. Masukkan dalam bekas dan ditumbuk sampai hancur.
4. Kemudian masukkan ayam kisar, lada sulah dan garam. Gaul semua bahan.
5. Ambil dalam 20-25 gram adunan kentang yang telah digaul tadi, bentukkan bulat dan leperkan.
6. Setelah siap semua adunan kentang, celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak panas.

CARA MEMBUAT SAMBAL KICAP
1. Masukkan semua bahan E dalam pengisar.
2. Kisar sehingga halus.

CARA MENGHIDANG
1. Masukkan mihun atau nasi impit ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah soto.
3. Letakkan bergedel.
4. Letakkan bahan hiasan.
5. Hidangkan dengan sambal kicap.

Resipi Soto Tok Mak Yang Viral Di Jalan Duta, Kuala Lumpur

Selamat mencuba!

KREDIT RESIPI: Intan Dahlianna

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI