Resipi Sotong Celup Tepung Rangup & Lembut

Share

Menu sotong celup tepung sering dipesan jika kita menikmati hidangan seafood. Kerangupan dan rasa lembut memang tidak boleh bawa bincang,sedar-sedar habis sepinggan. Teringin nak mencuba menu sebegini di rumah, boleh cuba resepi ni. Tepung bersalut elok, sotong tak liat lembut saja. Paling penting tak meletup semasa menggoreng.

SOTONG CELUP TEPUNG

Bahan-bahan:

Sotong
Tepung bestari
Tepung beras
Serbuk cili
Serbuk onion
Sedikit air
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1.Sotong gaul dengan tepung bestari, serbuk cili sikit, onion powder dan sedikit air.
2.Ambil sotong yang dah digaul tadi,golek-golek atas tepung kering ( campuran tepung kering – tepung beras + tepung bestari )


3.Dah siap salut semua dengan tepung kering, gaul dengan telur yang dah dipukul.

4.Golek semula dengan tepung kering.
5.Boleh terus goreng.

6.Goreng dengan minyak yang banyak, minyak betul-betul panas dan api paling kuat.
7.Bila dah nampak garing-garing keperangan boleh angkat.
Kredit: Maya Miera

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri Adila Saari