Sotong Goreng Kunyit Berempah. Sesekali makan menu ringkas sebegini sedap juga. Biasanya menu Sotong Goreng Kunyit ni ringkas sahaja penyediaannya, letak serbuk kunyit, garam dan sayur, dah siap. Tapi kali ni apa kata anda cuba resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Tambah dua bahan ringkas iaitu serbuk kari ikan dan serbuk cili, hasil masakannya memang lagi wow! Memang padu. Jom lah cuba. Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK SOTONG KUNYIT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1/2kg sotong – potong besar
1 sudu makan serbuk kari ikan – beli online disini
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
1 sudu makan serbuk pati ayam – beli online disini
1 senduk teh minyak masak
Serbuk kunyit dan garam secukupnya – beli online disini
(sukatan bahan-bahan boleh agak sendiri bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan)
BAHAN SAYUR:
Bunga kubis secukupnya
Bawang merah secukupnya
Kacang panjang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan sotong dengan semua bahan diatas kecuali sayur dan minyak. Tidak perlu letak air sebab masa ni sotong masih berair. Kalau nak letak pun boleh, tapi sedikit sahaja.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang hingga layu.
3. Masukkan sotong dan ratakan. Jangan terus kacau nanti melekat, jadi biarkan ia masak dulu sekejap. Guna api kecil atau sedang sahaja untuk bagi air sotong keluar.
4. Bila sotong sudah separuh masak, masukkan sayur-sayuran. Kacau semua bagi sebati dan masak.
5. Sotong Goreng Kunyit Berempah sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Kalau nak sotong garing lebihkan minyak. Kalau nak sotong lembab-lembab sahaja, kurangkan minyak.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official