Penggemar sajian sotong pasti menggemari menu Sotong Goreng Pedas. Hidangan ini biasanya mudah didapati di kedai-kedai tomyam dan masakan panas. Resipinya sangat mudah. Hanya memerlukan campuran beberapa sos dan nah…sajian enak tersedia untuk dinikmati oleh anda sekeluarga. Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipi mudah yang boleh dicuba. Oh ya, pasti ada yang tidak gemar bau sotong yang kuat dalam masakan. Saudara ini juga ada kongsikan petua supaya rasa sotong tidak kuat bila dimasak. Jom cuba!
CARA MASAK SOTONG GORENG PEDAS SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 ekor sotong – potong dan celur dalam air panas Cili padi – hiris @ cincang Bawang holland – hiris@ cincang – beli online disini Bawang putih – tumbuk Capsicum hijau – potong dadu Kacang panjang / buncis (optional) – hiris 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan pes namprik maepranom – beli online disini 1 sudu makan sos tomato – beli online disini 2 sudu makan sos cili – beli online disini Nampla sauce / Sos ikan secukupnya – beli online disini Sedikit Kicap Golden Mountain – beli online disini
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih seketika.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang holland, capsicum dan cili padi. Boleh juga masukkan kacang panjang, kacang buncis, lobak merah atau bunga kubis. Namun ia adalah pilihan sahaja bergantung pada selera masing-masing.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan juga sedikit kicap Golden Mountain.
5. Tambahkan sos cili.
6. Tidak dilupa, masukkan juga sos tomato. Jika tiada, boleh gantikan dengan sedikit perahan jus limau nipis atau tomato yang telah didadu.
7. Renjiskan sedikit sos nampla @ sos ikan.
Ads
8. Tambahkan pes namprik. Ia adalah pes cili dalam tin yang biasa digunakan untuk membuat tomyam.
9. Kuah asas untuk sotong sudah siap disediakan. Boleh rasa dan tambah perasa jika tidak cukup.
10. Seterusnya masukkan sotong yang telah dicelur dengan air panas. Menurut empunya resipi, jika sotong dimasukkan segar, air sotong akan meleleh keluar dan kuah masak pedas akan berbau sotong dengan kuat membuatkan rasanya jadi kurang enak.
11. Tambahkan daun limau purut.
12. Masukkan juga sedikit gula untuk memberikan sedikit rasa manis. Masakan ini perlu ada rasa pedas, manis, masin dan sedikit masam.
13. Sotong Goreng Pedas siap untuk disediakan.
INFO: Jika guna sotong yang telah dicelur terlebih dahulu, bila siap dimasak sotong akan jadi tidak terlalu kecut.
Ads
RESIPI BONUS!
NASI GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN: Nasi putih Telur Garam dan gula secukup rasa Sayur
1.Panaskan minyak, pecahkan telur dan kacau sampai separa masak. Angkat dan ketepikan seketika. 2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi sampai garing dan masukkan nasi. 3. Gaul sekata dan perasakan garam gula dengan secukupnya. 4. Masukkan aneka sayur kegemaran. Masak hingga lembut. 5. Akhir sekali masukkan telur yang separa masak tadi. Kacau dengan api kuat, angkat dan hidangkan.
Mi rebus adalah salah satu jenis masakan mi yang sangat sedap. Rasanya memang sedap dan bercita rasa. Kuahnya pekat kerana ada keledek dan kentang. Ditambah pula dengan keenakan pedas-pedas cili potong.
Kalau dimasak dengan air rebusan daging legi sedap. Ditambah pula ada lemak tetel. Wow sungguh. Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi mi rebus. Namun beliau menggunakan ayam.
MI REBUS
BAHAN MI
1 peket mi kuning (rebus sekejap dan toskan)
2 keping tauhu (goreng dan potong kecil)
Daun sup (basuh dan hiris halus)
Cili besar hijau
Cili besar merah (jika suka)
Bawang goreng
Limau kasturi
Telur ayam (direbus dan dibelah)
Dada ayam (goreng dan dicarik. Boleh juga guna daging. Lebih sedap. Simpan airnya)
BAHAN KUAH
4 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 cm halia
1 biji keledek oren
2 biji kentang
1 sudu besar udang kering
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT KUAH
1. Cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Ketepikan.
2. Rebus keledek oren dan kentang. Toskan dan kiasar halus. Ketepikan.
3. Kisar udang kering. Ketepikan.
4. Panaskan minyak masak. Tumiskan cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi.
6. Masukkan air rebusan dada ayam. Biarkan mendidih.
7. Masukkan keledek oren dan kentang, udang kering dan biarkan mendidih.
8. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan garam. Biarkan mendidih, matikan api.
Letakkan mi, tahu, taugeh, daun sup, bawang goreng, telur rebus, cili potong dan ayam dalam mangkuk.
Jom masak Mi Jawa yang sedap ni. Kita beruntung sebab Malaysia ada banyak hidangan yang enak untuk dicuba. Kalau teringin nak makan mi, beratus-ratus resipi enak yang ada. Salah satu yang popular adalah Mi Jawa ni lah. Kuah Mi Jawa ni dihasilkan dari keledek dan udang kering yang memekatkan lagi kuah. Rasa memang padu. Cubalah! Saudari Marina Ismail ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
Teringin nak makan singgang, ini ada empat singgang berlain cara masak yang korang boleh cuba. Kesemuanya senang sangat nak dimasak. Paling penting ia sedap dan segar, kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Sedapnya hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang berbaloilah masak. Tak percaya korang boleh cuba.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!