Penggemar sajian sotong pasti menggemari menu Sotong Goreng Pedas. Hidangan ini biasanya mudah didapati di kedai-kedai tomyam dan masakan panas. Resipinya sangat mudah. Hanya memerlukan campuran beberapa sos dan nah…sajian enak tersedia untuk dinikmati oleh anda sekeluarga. Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipi mudah yang boleh dicuba. Oh ya, pasti ada yang tidak gemar bau sotong yang kuat dalam masakan. Saudara ini juga ada kongsikan petua supaya rasa sotong tidak kuat bila dimasak. Jom cuba!
CARA MASAK SOTONG GORENG PEDAS SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 ekor sotong – potong dan celur dalam air panas
Cili padi – hiris @ cincang
Bawang holland – hiris @ cincang – beli online disini
Bawang putih – tumbuk
Capsicum hijau – potong dadu
Kacang panjang / buncis (optional) – hiris
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan pes namprik maepranom – beli online disini
1 sudu makan sos tomato – beli online disini
2 sudu makan sos cili – beli online disini
Nampla sauce / Sos ikan secukupnya – beli online disini
Sedikit Kicap Golden Mountain – beli online disini
Dapatkan KARANGKRAF AL-QURAN AR-RIYADH PERJUZUK & SOFIA MUSLIMAH dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih seketika.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang holland, capsicum dan cili padi. Boleh juga masukkan kacang panjang, kacang buncis, lobak merah atau bunga kubis. Namun ia adalah pilihan sahaja bergantung pada selera masing-masing.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan juga sedikit kicap Golden Mountain.
5. Tambahkan sos cili.
6. Tidak dilupa, masukkan juga sos tomato. Jika tiada, boleh gantikan dengan sedikit perahan jus limau nipis atau tomato yang telah didadu.
7. Renjiskan sedikit sos nampla @ sos ikan.
8. Tambahkan pes namprik. Ia adalah pes cili dalam tin yang biasa digunakan untuk membuat tomyam.
9. Kuah asas untuk sotong sudah siap disediakan. Boleh rasa dan tambah perasa jika tidak cukup.
10. Seterusnya masukkan sotong yang telah dicelur dengan air panas. Menurut empunya resipi, jika sotong dimasukkan segar, air sotong akan meleleh keluar dan kuah masak pedas akan berbau sotong dengan kuat membuatkan rasanya jadi kurang enak.
11. Tambahkan daun limau purut.
12. Masukkan juga sedikit gula untuk memberikan sedikit rasa manis. Masakan ini perlu ada rasa pedas, manis, masin dan sedikit masam.
13. Sotong Goreng Pedas siap untuk disediakan.
INFO: Jika guna sotong yang telah dicelur terlebih dahulu, bila siap dimasak sotong akan jadi tidak terlalu kecut.
RESIPI BONUS!
NASI GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih
Telur
Garam dan gula secukup rasa
Sayur
BAHAN TUMBUK (jumlah agak-agak):
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Ikan bilis – beli online disini
Lada hitam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, pecahkan telur dan kacau sampai separa masak. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi sampai garing dan masukkan nasi.
3. Gaul sekata dan perasakan garam gula dengan secukupnya.
4. Masukkan aneka sayur kegemaran. Masak hingga lembut.
5. Akhir sekali masukkan telur yang separa masak tadi. Kacau dengan api kuat, angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official