Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup & Bersalut Elok. Perghhhh…Memang Layan Habis!

Share

Sotong adalah antara makanan laut yang digemari ramai. Andai berkunjung ke restoran ‘seafood’, memang tak sah kalau tak order masakan sotong. Antara hidangan yang popular dan menjadi pilihan ramai adalah sotong sambal, sotong kari, sotong goreng kunyit, sotong goreng telur masin, ketupat sotong dan banyak lagi.

Cumi Bakar Kicap Manis Sederhana Tapi Enak Banget

Malah, jika berkunjung ke negeri Terengganu, sajian sotong celup tepung menjadi satu kemestian dan wajib untuk dicuba. Kalau tak singgah makan, rasa macam tak lengkaplah kedatangan anda ke negeri yang terkenal dengan kemewahan hasil lautnya itu.

Nak cuba hasilkan sendiri hidangan Sotong Celup Tepung yang garing dan enak secara homemade? Resipi di bawah ini anda boleh cuba.

SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong ]potong bulat
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 tangkai daun kari
  • 60gm tepung gandum
  • 60gm tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung beras
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
  4. Sedia dihidangkan.

Info chef: Hidangkan bersama sos pilihan masing-masing. Malah, jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup enak.

BACA: 

http://www.rasa.my/tip-untuk-tepung-tak-lerai-dari-sotong-waktu-digoreng/

Ok, bila dah dapat resipi best ni, pastinya rasa nak pergi pasar beli sotong je kan? Sebelum tu, RASA nak kongsikan sedikit tip memilih sotong segar. Selalunya anda dapat tips untuk memilih ikan yang segar, tetapi bagaimana pula tips untuk memilih sotong? Ini tip yang boleh dijadikan panduan.

Foto: Radi Pemborong Ikan

 

TIP PILIH SOTONG SEGAR

  1. Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
  2. Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
  3. Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
  4. Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
  5. Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
  6. Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
  7. Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badansotong.

Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!

 

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:

 

Published by
Nur