Sotong adalah antara makanan laut yang digemari ramai. Andai berkunjung ke restoran ‘seafood’, memang tak sah kalau tak order masakan sotong. Malah, jika ke Terengganu, sajian sotong celup tepung menjadi satu kemestian dan wajib untuk dicuba. Kalau tak singgah makan, rasa macam tak lengkaplah kedatangan anda ke negeri yang terkenal dengan kemewahan hasil lautnya itu.
Nak cuba hasilkan sendiri hidangan Sotong Goreng Tepung yang garing dan enak secara homemade? Resipi di bawah ini anda boleh cuba.
SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ]potong bulat
1 biji telur
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun kari
60gm tepung gandum
60gm tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangkan bersama sos pilihan masing-masing. Malah, jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup enak.
Ok, bila dah dapat resipi best ni, pastinya rasa nak pergi pasar beli sotong je kan? Sebelum tu, RASA kongsikan sedikit tip memilih sotong segar. Selalunya anda dapat tips untuk memilih ikan yang segar, tetapi bagaimana pula tips untuk memilih sotong? Ini tip yang boleh dijadikan panduan.
Foto: Radi Pemborong Ikan
TIP PILIH SOTONG SEGAR
1. Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
2. Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
Ads
3. Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
4. Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
5. Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
6. Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
7. Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badan sotong.
Ads
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!
Resipi ni sesuai untuk keluarga yang ramat ‘umatnya’. Bagi 3 kg kerang, wah banyak tu tapi bila dah mula makan tak perasan pun dah balun makan banyak mana. Kerang masak rendang memang sedap weii.
Cili kering campur cili padi memang meleleh air liur. Jom cuba resipi rendang pedas ni.
RENDANG KERANG PEDAS
.
BAHAN-BAHAN :
3kg kerang | gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi
.
Bahan kisar :
.
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inci halia
1inci lengkuas
1inci kunyit hidup
5 batang serai | ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
10tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
Santan – 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit – hiris halus
½ cawan minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan, biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping – reneh sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan, perasakan garam dan gula.
5. Masukan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam
Sambal Sotong yang mudah, sedap dan ringkas cara memasaknya tentunya sangat digemari ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa mengikut selera. Terdapat pelbagai resipi Sambal Sotong yang boleh dicuba dimana penggunaan bahan-bahannya juga terdapat kelainan. Bagi anda yang suka resipi sambal sotong yang ‘basic’, resipi dari saudari Haziraida Md Isa atau lebih mesra dengan panggilan Zie ini antara yang boleh dicuba. Sedap! Jom lihat cara-cara penyediaannya.
INFO: Zie guna cili kering Kelantan yang saiz besar kerana cili kering jensi tersebut tidak pedas. Jika suka pedas, boleh guna cili kering yang halus kerinting. Pastikan jumlah cili digandakan kerana saiznya lebih kecil.
CARA MEMASAK:
1.Siang sotong, bersihkan dan toskan airnya. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti bila masuk dalam sambal, sotong akan cepat kecut, lebih berair menjadikan sambal lebih berkuah seterusnya menyebabkan sotong jadi keras.
2.Rebus cili kering dan kisar hingga betul-betul lumat.
3.Kemudian masukkan bawang besar dengan bawang putih. Kisar sekejap sahaja sebab tak nak terlalu lumat.
4.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan air asam jawa sekali. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak dan pecah minyak.
INFO: Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama.
5.Masukkan sotong, garam dan gula. Bila sudah masukkan sotong, masak sekejap sehingga sotong masak sahaja. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi keras.
6.Sambal Sotong ringkas sudah siap dimasak dan sedia untuk dihidang.
Malas nak masak, malas nak keluar makan!, Tapi tekak nak makan sedap, ini ada 2 menu paling ringkas yang boleh korang cuba. Padankan dengan nasi putih dan cukup, rajin lebih sikit tambahlah sayur. Senangkan….
AYAM SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
4 batang serai | titik atau hiris halus
10 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tepung jagung
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
4 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Ayam sedia dihidangkan panas-panas.
KEPAH TUMIS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 kg kepah |cuci bersih dan tos
5 ulas bawang putih | titik
4cm halia muda | hiris memanjang
3 sudu makan sos tiram
8 biji cili padi | hiris
3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.