Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Sedap, Bersalut Elok & Berkerak Rangup.

Share

Sesekali masak sotong celup tepung memang sedap. Namun ada kalanya tepung tidak bersalut elok pada sotong dan tak rangup. Cuba resipi yang RASA kongsikan ni. Anda pasti puas hati. Sedap, mudah dan dijamin sedap!

 

SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | potong bulat & keringkan airnya
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 tangkai daun kari
  • 60gm tepung gandum
  • 60gm tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung beras
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
  4. Sedia dihidangkan.

Info chef: Hidangkan bersama sos pilihan masing-masing. Malah, jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup enak.

 

BACA: 

http://www.rasa.my/tip-untuk-tepung-tak-lerai-dari-sotong-waktu-digoreng/

TIP MEMILIH SOTONG SEGAR  

Foto: Radi Pemborong Ikan

 

  1. Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
  2. Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
  3. Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
  4. Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
  5. Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
  6. Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
  7. Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badansotong.

Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!

 

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:

 

Published by
Nur