Resipi Sotong Kangkung Yang Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Share

Penggemar hidangan Sotong

Kangkung mesti suka resipi ni. Maklumlah, jika dibeli, sepinggan kecil sahaja dah mahal harganya. Sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri secara homemade. Menerusi perkongsian saudari Rosilawati Masri beliau kongsikan resipi Sotong Kangkung yang mudah, sedap dan tak guna banyak bahan. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK SOTONG KANGKUNG MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 ekor sotong kembang
  • 1kg kangkung – potong kecil
  • 1 botol kecil sos plum
  • 5-6 sudu makan petis
  • 1 biji limau kasturi
  • 5-6 sudu makan kacang tumbuk halus
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu teh cili tumbuk – boleh lebihkan

CARA MEMASAK:
1. Cuci sotong dan potong kecil. Rebus dalam 10-15 minut. Toskan.
2. Dalam air panas yang berlainan, celur pula kangkung selama 7-8 minit. Toskan.


3. Dalam bekas bersesuaian, campurkan sos plum, petis, gula dan cili tumbuk. Kacau hingga sebati. Perah sedikit asam limau.


4. Letak kangkung dan sotong dalam pinggan ikut jumlah yang hendak dimakan. Tuang sos campuran dengan secukupnya, tabur kacang tumbuk dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosilawati Masri

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur