Sedapnya Sotong Masak Kam Heong! Buat sesiapa yang ada lauk basah sotong di dalam peti sejuk, bolehlah cuba resipi istimewa ini. Resipi yang dikongsi Liza Idris ini sangat mudah untuk dimasak dan sekejap saja dah siap. Jom cuba!
1 sudu besar udang kering – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 biji bawang besar/holand – beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
(Semua dicincang halus)
6 biji cili padi – beli online di sini
2 tangkai daun kari
Sedikit daun sup untuk hiasan
Sedikit garam dan serbuk perasa
3 ekor sotong viral
*Campur je semua bahan dalam satu mangkuk
1. Panaskan minyak masak anggaran 5 ke 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicincang halus. Dah kekuningan, masuk daun kari. Oh ya, lebih sedap jika guna bawang holland.
3. Masak sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air. Kacau dan kacau lagi.
4. Masuk sotong. Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat.
5. Masuk garam dan serbuk perasa ikut selera. Akhir sekali, tabur daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa. Siap.
Kredit resipi: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: