Bagi yang tercari-cari hidangan berasaskan sotong yang mudah dan enak, resipi Sotong Masala ni antara yang wajib cuba. Sedap, mudah dan penuh perisa. Pasti tak menyesal.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
- 500gm sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
- 2 biji cili hijau | hiris bulat
- 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh rempah masala
- 1 biji tomato | potong dadu
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa.
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
- Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
- Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
- Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
- Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain sotong boleh sahaja gantikan dengan udang.