Resipi Sotong Siram Petang Untuk Penggemar Sotong

Share

Asyik masak sambal sotong je apa kata cuba resipi Sotong Siram Petang ni. Ada rasa ala Thai sedikit lauk ni, yang sukakan rasa dan aroma masakan Thai boleh cuba resipi mudah ni untuk lauk tengah hari ataupun makan malam bersama keluarga. 

Resipi penuh telah dikongsikan oleh Noor Sabrina Amran di Facebook. Bahan yang digunakan untuk resipi Sotong Siram Petang ni sangat mudah dan ringkas. Jom kita cuba!

SOTONG SIRAM PETANG

BAHAN-BAHAN:

Sotong
Cili padi (dihiris)
Serai (dihiris nipis)
Halia (dihiris nipis)
Bawang putih (dihiris nipis)
Bawang merah (dihiris nipis)
Daun limau purut
Limau nipis / lemon
Sos cili thai
Minyak masak
(Kuantiti ikut jumlah sotong)
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh sotong dan toskan. Potong ikut citarasa masing
2. Gaul sotong dengan garam dan kunyit
3. Goreng sekejap separuh masak. Angkat dan toskan
4. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau
5. Masukkan Sos Cili Thai dan kacau sebati
6. Masukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purut
7. Masukkan sotong, dan kacau sebati. Jangan masak lama-lama nanti sotong liat
8. Sedia untuk dihidangkan. Selamat menikmatinya. Resepi dari mak mertua. Rasanya masam manis dan pedas. Sedap sangat
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Noor Sabrina Amran
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-air-milo-lori-gerenti-menjadi/
https://www.rasa.my/tempe-tumis-sambal-padu-buat-bertambah-nasi/
https://www.rasa.my/resipi-sos-hijau-vietnam-roll-paling-menjadi/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:
https://dai.ly/x8gxhvd
https://dai.ly/x8f2hir
https://dai.ly/x8fh4iy
Published by
Nadzirah Rashid