
Buat anda yang suka makan sotong, ini adalah resipi yang wajib anda cuba. Cara nak buatnya senang sahaja. Tak perlu nak bersusah-susah di dapur. Resipi mudah tapi sedap ini telah dikongsi oleh Tia Rizz. Selamat mencuba!
SOTONG STIM ALA THAI SERTA SOS

BAHAN-BAHAN:
- Sotong
BAHAN-BAHAN SOS:
- 2 batang akar daun ketumbar
- 1 1/2 biji limau nipis – boleh tambah jika suka masam
- 6 biji cili padi
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 ulas bawang putih
- Daun ketumbar dihiris kasar
- Gula

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan sotong, kelar dan kukus. Kukus dalam 4 – 5 minit sahaja. Jika kukus terlalu lama, sotong akan kecut dan sudah tidak sedap dimakan.

2. Kemudian, sediakan sos pula. Tumbuk akar ketumbar, cili padi, bawang putih dan gula.
3. Masukkan sos ikan dan air perahan limau nipis yang lain. Kalau nak lagi masam, boleh tambah lagi limau nipis.

4. Bila dah siap tumbuk, masukkan daun ketumbar yang dihiris dan kacau menggunakan sudu.

5. Tuangkan sos di atas sotong yang siap dikukus tadi. Siap!

INFO TAMBAHAN:
– Gandakan bahan jika sotong yang dibuat banyak. Bahan ini hanya untuk 5 hingga 6 ekor sotong.
Kredit resipi & foto: Tia Rizz
Anda mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salad Ayam Lemon Lada Hitam, Lengkap Protein & Sayur

Resipi ringkas yang kita kongsikan hari ini ialah Ayam Lemon Lada Hitam.
Bahan perapnya sangat mudah dan ayam ini boleh dipadankan dengan nasi ayam, nasi putih ataupun salad.
Tidak terlalu pedas, sesuai untuk kanak-kanak. Tidak juga terlalu tak berasa (bland/ ‘manja’), sesuai untuk dewasa.
Resipi yang dikongsikan Siti Hazneza Abdul Hamid ini, sesuai untuk golongan yang menjaga kesihatan dan mencari menu diet.
Salad yang sesuai jadi satu hidangan lengkap, siap ada sayur dan ada protein.
AYAM LEMON LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
1 kg isi dalam dada ayam | basuh bersih dan toskan air
2 sudu makan mentega/marjerin – beli online di sini
BAHAN PERAPAN:
7 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu makan lada hitam biji
¼ cawan jus limau nipis/ lemon (saya guna jus limau nipis yang biasa digunakan di kedai makanan Thai)

BAHAN SAMPINGAN:
4 pokok romaine kecil (baby romaine)
1 biji timun | dibelah empat memanjang dan dipotong kasar, akan dapat bentuk segitiga kecil
½ biji cili benggala hijau | hiris serong
½ biji cili benggala merah | hiris serong
1 genggam tomato ceri | dipotong 2
CARA MEMBUAT:
1. Selepas ayam dibasuh dan ditoskan, pindahkan ayam ke dalam bekas yang sesuai.

2. Tumbuk/kisar kasar bahan perapan. Masukkan dalam ayam dan tambah garam secukup rasa.

3. Gaul rata. Tambah lagi garam, jus limau nipis atau serbuk lada hitam jika perlu.

4. Tutup dan biarkan. Jika hendak masak dalam masa sejam, biarkan pada suhu bilik.
5. Jika hendak masak dalam masa yang lebih, simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ~15 minit sebelum masak.

6. Jika hendak buat stok ayam perap lemon lada hitam, biarkan dalam peti sejuk semalaman (~12 jam). Esoknya, toskan air perapan dan pindahkan ayam yang telah diperap ke dalam plastik kedap udara (ziplock bag) atau bekas yang sesuai dan simpan dalam tempat sejuk beku (freezer).
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
7. Apabila hendak dimasak, keluarkan ayam supaya hilang beku (thaw) dan biarkan ayam ke suhu bilik sebelum masak supaya tidak ada bahagian yang mentah.
8. Untuk memasak, panaskan minyak dan 2 sudu makan mentega/marjerin.

9. Masukkan ayam apabila minyak-marjerin sudah panas. Masak atas api kecil.

10. Balikkan ayam apabila sebelah telah garing keemasan dan masak sebelah lagi supaya garing keemasan juga.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

11. Bina lapisan salad. Mulakan dengan potongan kasar romaine kecil dan tabur sedikit kuah salad pilihan. Saya guna kuah salad dewi hijau.

12. Kemudian, letakkan timun yang dibelah empat memanjang dan dipotong kasar.

13. Letakkan cili benggala merah.

14. Hiris ayam dan taburkan.

15. Taburkan pula cili benggala hijau.

16. Akhir sekali, tabur dua tomato ceri (atau biar sebiji-sebiji). Siap.
Kredit resipi: Siti Hazneza Abdul Hamid
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Masak Asam Pedas Berempah Ikan Tenggiri Sedap & Menyelerakan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Telur Dadar Banyak Versi, Yang Pasti Semua Sedap!

Telur sering saja menjadi sajian popular dan harian sekeluarga. Tidak sah jika tidak ada hidangan telur, selain telur dadar biasa, banyak lagi olahan telur yang boleh dijadikan sajian lazat. Pilih sahaja yang mana satu pilihan kamu.
TELUR GULUNG

BAHAN-BAHAN:
- Telur 4biji (ikut la nak guna 2,3bj)
- Cili besar merah 2biji *
- daun bawang sikit *
- Daun sup sikit*
- Carrot*
- maggie cukup rasa
- Garam
CARA MEMASAK:
Cincang halus/potong dadu bahan2 bertanda *
masukkan telur,maggie cukup rasa n garam.Kacau sampai sebati,dah boleh masak.(tengok video senang)
potong ikut suka hehe..siap dah boleh makan.
Jom la cuba anak2 pun mesti suka
Kredit resipi: Faizah Rosdi
TELUR BISTIK

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- Ayam/daging – potong dadu
- 1/2 biji bawang merah besar – hiris
- 1 biji bawang merah kecil – cincang halus
- 2 biji bawang putih – cincang halus
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).
- Tambahkan sedikit garam.
- Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
- Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
- Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.
- Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
- Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.
Kredit resipi: Azlan Rumadi
TELUR DADAR DAGING GULUNG

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh lada putih
- 50ml santan
- 1 batang daun bawang | dihiris halus
- 50gm daging kisar
- 50gm sayur buncis | dihiris halus
- 1 biji cili merah |buang biji dan dicincang kasar
- Garam secukup rasa
- Minyak
CARA MEMASAK ISI TELUR DADAR
- Panaskan minyak di atas api sederhana dan tumis 1 batang daun bawang, 50 gram buncis, 1 batang cili merah, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, 50 gram daging kisar dan 1/4 sudu teh garam sampai berubah warna kemudian diangkat dan ketepikan.
CARA MEMASAKKULIT TELUR DADAR GULUNG
- Pukul 4 biji telur lalu tambahkan 1/2 sudu teh garam, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, dan 50 ml santan sampai sebati.
- Kemudian Panaskan 1/2 sendok teh minyak goreng di atas api sederhana. lalu tuang sedikit-demi sedikit adunan telur sampai setengah masak dan taburi dengan isian yang tadi, letakkan secukupnya lalu gulungkan.
- Diamkan beberapa saat sampai kulit dadar telur masak dengan sempurna
- Dadar gulung telur siap di sajikan
- Di anggarkan 5 buah dadar gulung
Kredit resipi: giladonut
MUFFIN TELUR

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 1 biji cili merah dihiris nipis,, nak cincang pun boleh
- 1 labu bawang besar.. (nak campur letak bawang merah pun boleh, tambah wangi)
- 1 biji tomato yang dipotong dadu
- Jika suka boleh masukkan ayam kisar/sosej/daging cincang/kentang/lobak merah
- 1/2 cawan keju cheddar
- Acuan muffin
- Sedikit garam dan lada sulah
CARA MEMASAK:
- Oleskan acuan muffin dengan butter
- Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang
- Pukul 4 biji telur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah.
- Sementara itu panaskan oven 200 darjah celsius dan tuangkan adunan telur tadi ke dalam acuan muffin, taburkan cheese sebagai topping.
- Bakar di dalam oven sehingga keperangan.
Siap… mudah dan ringkas!
Sumber: https://pinkbubblegumprincess.blogspot.co.id/…/bergambar-re…
TELUR HONG KONG

BAHAN-BAHAN:
- 6 biji Telur ayam
- 4 biji telur padi @ century egg
- 4 biji telur masin
- 4-5 tangkai daun sup (dipotong kecil)
- 4-5 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
- 1 biji cili merah besar (dicincang halus)
CARA MEMASAK:
1. Rebus telur masin dan potong kecil.
2. Telur padi dipotong kecil.
3. Kacau telur ayam dan masukkan daun sup, daun bawang, dan cili merah besar.
4. Susun separuh daripada telur masin dan telur padi ke dalam acuan. Separuh lagi diletak ke dalam adunan telur ayam tadi.
5. Gaul rata adunan telur ayam. Jangan terlampau kasar, takut tekstur telur masin dan telur padi rosak.
6. Tuang adunan telur ayam ke dalam acuan yang telah disusun telur padi dan telur masin tadi. Kemaskan adunan.
7. Kukuskan adunan tersebut lebih kurang 30-40 minit.
8. Siap dihidang.
Source: http://luarteko.blogspot.co.id/…/resepi-telur-hongkong-muda…
TELUR DADAR CENDAWAN & SALMON

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan isi ikan salmon – baki dari berbuka puasa
- 3 biji telur
- 6 cendawan tiram – saiz besar
- 5 kacang buncis
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- Sedikit hirisan daun bawang
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit parutan keju cheedar dan parmesan – 1/2 cawan
CARA MEMASAK :
- Racik halus bawang merah dan bawang putih, siat cendawan serta potong nipis-nipis kacang buncis . Ikan salmon ni di grill . Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan garam serta serbuk lada hitam secukup rasa bersama hirisan daun bawang .
- Panaskan butter atau minyak sayur secukupnya dalam frying pan . Masukkan semua bawang dan goreng sampai wangi dan layu kemudian masukkan isi ikan salmon bersama cendawan dan kacang buncis kacaus ampai sayur masak . Masukkan semua telur dadar dan tutup frying pan , guna kan api dapur saiz kecil atau sederhana . Bila dah nak masak boleh ditabur keju parmesan dan cheedar , tutup semula frying pan . Buka tutup tudung dan terbalik kan telur dadar ni supaya sebelah lagi telur dadar masak . Bila dah masak boleh la ditutup apid apur dan dihidangkan.
Sumber: http://resepinannie.blogspot.com/…/telur-dadar-cendawan-n-s…
Ayam Goreng Cili Kering Bersama Kacang Gajus

Resipi ayam goreng cili kering bersama kacang gajus sangat mudah sebenarnya untuk di masak. Hanya perlukan 20 minit untuk memasak dan sangat sedap dimakan bersama nasi panas.
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ayam } potong kiub
- 2gm cili kering } hiris 2cm
- 3gm halia } hiris
- 3gm bawang merah } hiris
- 1gm lada hitam } kisar kasar
- 1/2gm garam
- 30 gm minyak lada hitam
- 3gm serbuk cili
- 2gm serbuk perasa
- 10 gm kacang gajus } goreng sangai
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili kering, lada hitam, halia dan bawang merah.
- Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Goreng dan kacau rata menggunakan api yang kuat.
- Kemudian lengkapkan rasa dengan memasukkan garam, minyak lada hitam, serbuk cili, dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan kacang gajus. Kacau rata sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis
Keistimewaan: Enak dan tidak pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15

