Resipi Sotong Stim Ala Thai Yang Sedap Tak Terkata

Share

Buat anda yang suka makan sotong, ini adalah resipi yang wajib anda cuba. Cara nak buatnya senang sahaja. Tak perlu nak bersusah-susah di dapur. Resipi mudah tapi sedap ini telah dikongsi oleh Tia Rizz. Selamat mencuba!

SOTONG STIM ALA THAI SERTA SOS

 

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong

 

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 2 batang akar daun ketumbar
  • 1 1/2 biji limau nipis – boleh tambah jika suka masam
  • 6 biji cili padi
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 ulas bawang putih
  • Daun ketumbar dihiris kasar
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan sotong, kelar dan kukus. Kukus dalam 4 – 5 minit sahaja. Jika kukus terlalu lama, sotong akan kecut dan sudah tidak sedap dimakan.

 

2. Kemudian, sediakan sos pula. Tumbuk akar ketumbar, cili padi, bawang putih dan gula.

3. Masukkan sos ikan dan air perahan limau nipis yang lain. Kalau nak lagi masam, boleh tambah lagi limau nipis.

 

4. Bila dah siap tumbuk, masukkan daun ketumbar yang dihiris dan kacau menggunakan sudu.

 

5. Tuangkan sos di atas sotong yang siap dikukus tadi. Siap!

 

INFO TAMBAHAN:
– Gandakan bahan jika sotong yang dibuat banyak. Bahan ini hanya untuk 5 hingga 6 ekor sotong.

 

Kredit resipi & foto: Tia Rizz

 

Anda mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma