Resipi Sotong Sumbat Sos Ala Thai Paling Padu. Sedap Uihhh.

Share

Sotong Sumbat ni kalau beli, memang harganya mahal. Tak puas makan. Menerusi perkongsian saudari Qurra Rahman, beliau kongsikan cara-cara nak masak menu Sotong Sumbat paling padu. Sedap….Berbaloi cuba.

 

CARA MASAK SOTONG SUMBAT SOS ALA THAI PADU

BAHAN-BAHAN:

  • 9-10 ekor sotong – bersihkan
  • 4 biji telur
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • Bawang Holland secukupnya – potong dadu
  • Daun ketumbar secukupnya – hiris
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Lidi
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN SOS ALA THAI:

  • 6-7 biji cili padi – tumbuk
  • 3-4 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1-2 sudu makan sos ikan thai @ kicap sotong
  • 2-3 biji jus limau nipis
  • 2-3 sudu gula
  • 1 tangkai daun ketumbar – hiris halus

CARA MEMASAK SOTONG :
1. Campurkan bawang putih, bawang besar dan daun ketumbar ke dalam bekas berisi telur. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan sedikit perencah perasa.


2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan panaskan. Kemudian masukkan telur. Kacau supaya telur hancur.


3. Masukkan telur yang dimasak tadi ke dalam sotong yang telah dibersihkan. Isi sampai perut sotong penuh.
4. Cantumkan kepala sotong dan cucuk guna lidi dengan kemas.


5. Untuk bakar, letak sotong atas bara api dan biarkan hingga sedikit masak. Kelar sedikit sotong supaya mudah untuk dimakan nanti.

CARA-CARA BUAT SOS :
1. Satukan cili padi, bawang putih, daun ketumbar, kicap sotong, gula dan limau nipis. Gaul sebati hingga semua bahan larut dan sebati.
2. Sedia untuk dinikmati bersama sotong bakar.

Kredit resipi & foto: Qurra Rahman

Published by
Nur