Spageti memang enak dinikmati tidak kira untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Cara penyediaannya juga mudah. Masak pasta Spageti Bawang Putih seperti ini hanya dengan rempah yang ringkas sahaja tetapi sangatlah lazat rasanya. Jom kita cuba resipi Spageti Bawang Putih seperti yang dikongsikan oleh David Junior
RESIPI SPAGETI BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih – BELI ONLINE
Daun bawang, gunakan bahagian hijau
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
3 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
CARA MEMBUAT:
1. Tiga ulas bawang putih, hiris nipis, pindahkan ke dalam mangkuk
2. Dua ulas bawang putih, dicincang halus dan kemudian daun bawang dihiris kecil
3. Sediakan mangkuk, campur cili merah, garam, kicap, sos tiram, gaul rata.
4. Buat minyak bawang putih, goreng bawang putih yang dihiris dalam minyak masak hingga keperangan, asingkan minyak dan bawang putih
5. Bila air mendidih, masak pasta spageti selama 7 minit, toskan kemudian pindahkan ke dalam mangkuk.
6. Masukkan 1 sudu besar minyak bawang putih, gaul rata.
7. Cairkan mentega, masukkan bawang putih cincang kemudian tumis hingga harum.
8. Masukkan pasta spageti dan sos kemudian tumis sebentar hingga pasta spageti sebati dengan sos.
9. Pindahkan ke dalam pinggan, taburkan hirisan daun bawang, bawang putih goreng dan 1 sudu besar minyak bawang putih.
Sumber kredit: David Junior
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official