Bagi yang menggemari hidangan pasta tapi dalam masa yang sama ‘tekak’ Melayu boleh cuba hidangan spicy carbonara ini. Resipi perkongsian oleh Ayu Mashruddin
ini sedap dalam masa yang sama pedas.Diakui ia bukan pasta carbonara asli, hidangan ini kata Ayu sangat mudah disediakan. Hanya 30 minit diperlukan untuk menyiapkannya.
Bahan-bahan
1 pek (500 gram) spageti
Bahan tumis
Mentega dan minyak zaitun – untuk menumis
1 biji bawang holland -dipotong dadu
1 labu bawang putih dihiris halus – lebih banyak bawang putih lagi sedap
4-6 tangkai cili api – hiris halus
Dada ayam / udang / beef pepperoni / salami
Bahan lain
1 tin cendawan butang – atau guna cendawan butang segar
Capsicum – potong dadu (jika suka)
1 tin Prego Cheese & Herbs (kuning)
1 tin Prego Carbonara Mushroom (biru)
1 tin full cream Dutch Lady (guna tin Prego untuk sukat)
1 kotak kecil cooking cream
2 senduk air rebusan pasta
1 kiub ayam
Garam & blackpepper
Italian Mix herbs
1. Rebus spageti dengan sedikit minyak hingga masak. Kemudian tos.
2. Panaskan mentega dan minyak zaitun dalam kuali kemudian tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi. Bila naik bau masukkan dada ayam, udang dan sebagainya. Tumis lagi.
3. Seterusnya masukkan cendawan butang bersama capsicum yang dipotong. Kacau.
4. Masukkan sos Prego tin kuning diikuti sos Prego tin biru. Kacau sebati.
5. Kemudian masukkan susu full cream bersama cooking cream. Masukkan juga air rebusan pasta. Kacau biar mendidih seketika.
6. Masukkan kiub ayam bersama garam, blackpepper dan Italian mix herbs. Perasakan ikut cita rasa.
7. Boleh sesuaikan kepekatan kuah menggunakan susu full cream. Jika nak kuah lebih tambah susu. Siap.
8. Letak spageti dalam pinggan dan tuang spicy carbonara ini, boleh dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Ayu Mashruddin