Sedapnya Karipap Pusing. Makan panas-panas uih…sebiji memang tak cukup. Ramai yang ‘takut’ nak cuba kerana anggap KaripapPusing ni susah nak buat. Jangan bimbang, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang mudah. Cubalah.
CARA BUAT KARIPAP PUSING SEDAP
BAHAN DOH MINYAK:
2 ½ cawan tepung gandum
¼ cawan minyak masak – dipanaskan
Secubit garam
Air secukupnya ( air suhu biasa)
BAHAN DOH MARJERIN:
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan shortening
1/2 cawan marjerin atau lebih
CARA MEMASAK:
1. DOH MINYAK: Satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.
2. DOH MARJERIN: Satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.
3. Rupa doh minyak dan doh marjerin yang telah siap diuli.
4. Bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.
5. Ambil satu doh minyak. Leperkan. Masukkan doh marjerin di dalamnya.
Ads
6. Tutup doh. Bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatan doh seperti dalam gambar. Rehatkan doh 5 minit.
7. Ambil 1 doh dan canaikan.
8. Kemudian sapu sedikit air di permukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit-calit sahaja.
9. Gulung doh tadi dan letak memanjang seperti dalam gambar.
Ads
10. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.
11. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini.
12. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.
13. Rupa kepingan doh yang telah dipotong.
14. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.
Ads
15. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi. (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut cita rasa masing-masing.
16. Karipap pusing yang sudah siap di kelim.
17. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.
Papudak atau kuih banjar, adalah kuih tradisional dalam masyarakat Banjar yang semakin sukar dijumpai kini.
Waalupun pembuatannya agak rumit, namun kuih warisan ini tidak sepatutnya dibiarkan pupus begitu saja.
Menerusi perkongsian resipi daripada Yusreena Said Yusz ini, menjadi impian anak Banjar untuk mahir membuat kuih ini.
PAPUDAK (KUIH BANJAR)
BAHAN-BAHAN:
½ cawan tepung beras – beli online di sini 1 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini 1 sudu besar tepung ubi – beli online di sini ¾ cawan gula (kalau nak kurang manis, boleh kurangkan) 1 cawan air daun pandan 1 ½ santan kotak + ½ cawan air (kalau guna santan asli, boleh guna semua santan pekat) – beli online di sini Sedikit air kapur Sedikit garam
1. Semua bahan ni dikisar dan tuang dalam periuk. Masak di atas api sederhana dan sentiasa kacau. 2. Masak sekejap je asal pekat. Jangan sampai bergentel ye. Tuang dalam kelongsong dan ikat kuat. Boleh rujuk gambar.
*Untuk buat kelongsong, sediakan 3 bahan ni (rujuk gambar), kayu bulat tu boleh guna kayu mop (potong pendek). Saya guna torak yang sy gunakan untuk mencanai doh roti.
* Layurkan daun pisang atas dan bawah untuk mengelakkan daun pisang bocor masa tuang adunan. Pastikan cari daun pisang yang tak koyak ye. Daun pisang nipah paling bagus sebab tak mudah koyak dan tebal. *Perhatikan kedudukan kayu. Basi hujung adalah ruang untuk ikat nanti. Ikat dan bentukkan kayu bulat. Dah ikat baru tarik kayu keluar dari kelongsong. Kemaskan ikatan.
* Tuang ke dalam kelongsong dan tingalkan basi untuk mengikat tali nanti.
3. Didihkan air dalam kuali, masukkan papudak tadi dan rebus 15-20 minit atau sehingga kelongsong nampak penuh dan membulat. (rujuk video di sini) 4. Sejukkan dan buka daun pisang macam kupas pisang. Papudak yang menjadi ialah bila goyangkan, ia takkan patah. (rujuk video di sini)
Jemput-jemput Roti Bawang paling ‘simple’ dan mudah nak buat. Memang rangup bila kunyah. Punyalah asyik sampai tak sedar habis sepinggan. Daripada roti dibiarkan begitu sahaja sampai tamat tempoh, elok buat Jemput-Jemput Roti Bawang ini. Pasti habis licin. Jom kita buat Jemput-jemput Roti Bawang seperti yang dikongsikan oleh Suhaidayunie F Rayyan
Roti (5 hingga 6 keping) – carik-carikkan 4 ulas bawang merah – tumbuk kasar 2 ulas bawang putih – tumbuk kasar – BELI ONLINE 1 atau 2 sudu besar ikan bilis (telah digoreng)- tumbuk kasar 1 cawan tepung gandum – BELI ONLINE 1 cawan tepung jagung – BELI ONLINE Sedikit garam dan lada sulah untuk penyedap rasa Air suam
1. Adun dan gaul semua bahan. Biar sekata.
2. Sudukan adunan dan masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan di dalam kuali.
3. Agak-agak kekuningan bolehlah diangkat. Sedap dimakan panas-panas. Boleh cicah dengan sos cili atau pun sos cili Thai.
Ni diaa empat sajian popular dari belah utara. Olahan resipi dan air tangan dari Datin Nor Hafizah Saad.
Kalau nak tahu Nasi lemuni dimasak dengan daun lemuni iaitu sejenis pokok renek berdaun menjadi kepakaran beliau. Malah daunnya diambil dari halaman rumah.
NASI LEMUNI
BAHAN-BAHAN :
2 cawan beras | cuci dan tos 2 cawan santan pekat @ pati |* 1beras : 1 santan 2-3 genggam pucuk daun lamuni | dikisar dan tapis , ambil airnya. Pekat . 4.5 sm halia muda | dihiris dan cincang halus 1 sudu teh lada hitam 2 1/2 biji bawang besar | dikisar Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan dan beras ke dalam periuk nasi 2. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.
2. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
200gm ikan bilis | digoreng dan toskan 2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan 1/2 biji bawang besar, hiris nipis 3 sudu besar air asam jawa 2-3 senduk besar minyak Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 biji bawang besar, potong 4
CARA MEMASAK : 1. Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan. 2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan. 3. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.
3. KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum. 1/2 cawan tepung beras 1/2 cawan santan pekat. 1 sudu kecil yis segera. 2 sudu teh gula. 1 1/2 cawan air. 2 biji telur 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
Bahan kuah : 1 cawan gula perang. 1 cawan santan. 1/2 cawan air 4 ulas durian 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung | dibancuh 2 helai daun pandan di simpul.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit or sehingga naik kembang 2. Masukkan tepung gandung dan tepung beras dengan santan dan digaul masukan juga garam 3. Masukkan yis yang sudah kembang bersama tepung yang dah di bancuh 4. 4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). 4. Sapukan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Sederhanakan api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh. 5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.
Cara masak kuah durian : 1. Masukkan gula dan air 2. Masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini. Bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung dan juga durian 3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat. Bila sejuk kuah ini akan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.
4. MI UDANG ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN :
500gm udang laut 500gm ATAU 1 bungkus mi kuning, celur 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 8-10 tangkai cili kering | buang biji dan rebus kemudian kisar halus ATAU 3 sudu besar cili giling 1/2 senduk minyak masak
Bahan untuk kisar halus: 5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembut
Bahan untuk rebus dan lenyek halus: 3 ketul ubi kentang
Bahan untuk hiasan atau taburan: 3 biji telur, rebus dan belah dua cili merah, hiris nipis sayur sawi, potong dan celur
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. tak buang kepala dan kulit Udang. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak. 4. Masukkan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat. 5. Masukkan sos cili ,masak sehingga kuah mendidih. 6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan dengan bahan hiasan.
Sambal Goreng Tempoyak yang pedas, masam lemak dan penuh aroma tradisional. Resipi mudah dengan ikan bilis dan petai yang buat selera naik dan nasi pasti bertambah.