Bagi penggemar Puding Triffle, pastinya perlu mencuba resipi yang dikongsi dari saudari Norashikin Ismail ini. Jika biasa anda beli sahaja, apa kata kali ini cubalah buat sendiri di rumah. Sangat mudah dan tidak renyah. Dengan adanya resipi langkah demi langkah ini, tentunya senang. Ikut sahaja kaedah yang dikongsi, hasilnya pasti memuaskan hati. Malah boleh juga dijadikan sumber jualan demi menjana pendapatan. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.
CARA MEMBUAT PUDING TRIFFLE SEDAP
BAHAN A: Kek swiss roll perisa pandan 1 tin buah-buahan campuran (beli online disini)
Sajian sambal tradisional Melayu kini bukan sekadar hidangan di kampung lagi. Tengok aje hidangan sambal makin lumrah didapati dalam menu bufet dan sajian ala carte di hotel bertaraf 5 bintang dan juga di restoran ‘fine dining.’
Ni min kongsikan 5 variasi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap. Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dalam dan luarnegara pun tau.
Boleh jadi inspirasi untuk sahur dan berbuka nanti
1. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.. 2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi. 3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. 4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
2. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat. 2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 5 minit Cara memasak : Dihidang mentah Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
3. SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN :
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil
5 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar /dikisar
3 ulas bawang putih/dikisar
15 biji cili kering/rebus dan dikisar
200 gm petai /dibuang kulit dan belah
1 asam keping
Gula secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing. 2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka. 4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak :25 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk sampingan, sambal Keistimewaan : Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu.
INFO CHEF :Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
2 sm belacan bakar
150 gm bawang kecil
Garam secukupnya
2 sudu teh sos ikan
2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
3 biji limau kasturi/ perah jusnya
2 batang serai /dihiris halus
1 sudu makan serbuk kunyit
4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
5 biji cili merah
2 biji cili padi
1.5 sm belacan
2 biji bawang kecil/dihiris nipis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK : 1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar benar masak dan garing. 5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 8.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 9.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 10.Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 11.Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya. 12.Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 13.Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 14.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan gril/panggang Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
5. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
1 biji bawang besar/dihiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar. 7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF :Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Anak-anak memang suka makan nugget. Kalau beli, kadang kala kandungan garam serta lemaknya buat kita ragu-ragu. Jadi, puan-puan boleh cuba buat sendiri. Rupanya mudah sangat nak buat nugget ayam kentanghomemade ni. Rasanya sangat sedap dan ‘moist’. Malah boleh tambah aneka sayursupaya snek ni jadi lebih sihat. Bahan-bahan yang diperlukan dalam resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwa ni pun ringkas dan tak mahal. Memang berbaloi cuba.
NUGGET AYAM KENTANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 keping isi dada ayam – kisar
2 biji telur
2 sudu makan tepung ubi kayu
4 biji ubi kentang saiz sederhana – rebus & lenyek
1/2 batang lobak merah – disagat
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
BAHAN SALUTAN:
3 biji telur
Tepung beras secukupnya – boleh gantikan dengan tepung goreng ayam serbaguna atau serbuk roti
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul hingga sebati.
2. Masukkan adunan ke dalam loyang bersesuaian dan kukus selama 15-20 minit. Masa mungkin berbeza ikut ketebalan adunan.
3. Bila dah masak, potong adunan tadi mengikut saiz yang dikehendaki.
4. Sediakan bancuhan telur dan tepung untuk salutan. Tepung boleh juga digantikan dengan serbuk roti.
5. Ambil kepingan nugget dan celupkan ke dalam bancuhan telur.
6. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti. Lakukan hingga habis.
7. Panaskan minyak dan goreng kepingan nugget hingga garing keemasan.
8. Jika banyak dan nak sejukbekukan, goreng nugget separuh masak, sejukkan dan simpan dalam bekas bersesuaian sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Kek susu kukus ini sangatlah sesuai dihidang waktu petang bersama teh o panas. Tekstur yang lembut gebu dengan rasa lemak manis dari susu memang akan kita makan lebih dari sepotong.
Tambah pula kek dibuat pelbagai warna yang menarik, sekeluarga akan suka. Cara membuat kek ini juga tak memerlukan oven, hanya perlu dikukus. Jom cuba.
Resipi kek susu kukus lembut gebu
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum – diayak
1 cawan gula halus
3 sudu besar susu pekat manis
1 cawan susu cair
4 biji telur saiz A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalette
¼ sudu teh garam halus
¼ cawan minyak jagung
Pewarna makanan – merah, hijau, kuning & coklat
Cara Penyediaan
1. Dalam mangkuk besar, satukan telur, gula halus, ovalette, susu pekat, susu cair, esen vanila dan garam. Putar menggunakan mixer pada kelajuan tinggi hingga kembang, putih dan gebu.
2.Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit, sambil terus memutar pada kelajuan rendah. Akhir sekali, masukkan minyak jagung dan gaul rata hingga adunan sebati sepenuhnya.
3.Bahagikan adunan kepada 4 bahagian sama rata dalam mangkuk berasingan. Titiskan pewarna makanan masing-masing – merah, kuning, hijau dan coklat – dan kacau rata setiap satu.
4.Sapu loyang dengan mentega. Tuang adunan secara berselang-seli (contohnya: 2 sudu warna merah, kemudian kuning, hijau, coklat, ulang sampai habis) untuk hasil corak pelangi yang menarik.
Panaskan pengukus terlebih dahulu. Letakkan loyang ke dalam pengukus, tutup rapat dan balut tudung pengukus dengan kain bersih agar air wap tidak menitis ke atas kek. Kukus selama 35 minit dengan api sederhana.
Setelah masak, biarkan kek sejuk sebelum dipotong. Nikmati bersama teh panas atau kopi kampung – memang terbaik!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!