Daging Keema enak di makan bersama Cheese nan atau roti prata. Adunan daging dan rempah ratus amat membangkitkan selera.

Asal masakan ini adalah dari masyarakat  Arab.  Orang Arab memang kaya dengan pelbagai menu yang enak-enak. Penggunaan daging kisar dan kacang peas segar dalam penyediaan Keema daging ini sangat-sangat memikat selera. Cakap bayak pun tak guna lebih baik kita cuba macam mana nak buat makanan ini.

DAGING KEEMA

BAHAN-BAHAN:

  • Daging kisar 400gm (1 petak 200gm) . Kalau masak untuk ramai beli yang  1kg.
    Boleh juga ganti dgn daging batang pinang kalau teringin buat masakan daging potong.
  • Kacang peas dalam tin (utk 1 petak daging,  guna1 tin kecil.
  • Minyak sapi (ghee). 3, 4 sudu. Kalau sekilo daging guna 1/2 tin. Boleh juga guna minyak
    masak dan masuk 2 sudu minyak sapi.
  • Daun ketumbar 1/2 mangkuk.
  • Tomato 3 biji dicincang. Untuk 1kg daging dapatkan 2 1/2 mangkuk tomato cincang.
  • Bawang merah / holland2 biji yg besar.
  •  1/2 cawan air kosong utk basahkan masakan supaya tidak terlalu kering. Kalau nak berkuah
    sikit, letak 1 cawan air.

REMPAH RATUS:

  • 1 sudu besar (tsp) serbuk ketumbar.
  • 1 sudu besar jintan putih.
  • 2 helai daun kering bay leave (daun salam).
  • 4 biji bunga cengkih.
  • Stgh inci kulit kayu manis.
  • 2 biji buah pelaga.
  • 1/2 sudu teh garam secukup rasa
  • 1/2 inci halia yang ditumbuk (pes lebih baik).
  • 4 biji bawang putih (pes lebih baik).
  • Serbuk cili merah 1/2 sudu besar (kalau nak warna masakan cantik, letak 1 sudu).
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu besar (kalau nak warna masakan cantik, letak 1 sudu).
  • 3 sudu serbuk Keema Masaala. Boleh cari dikedai runcit Pakistan atau di Mydin. Jenama
    Shan atau National. Tooba ni pun boleh.

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan kuali, masuk 3 sudu minyak sapi. Sekiranya tidak suka minyak sapi, gunakan minyak masak. Rasa lebih kepada masakan melayu kalau guna minyak masak.
  2. Minyak dah betul panas, masukkan bahan kering dahulu seperti daun bay leave, bunga cengkih, buah pelaga. Masukkan jintah putih, bawang putih, halia. Bawang merah juga boleh masuk ketika ini. Lebih naik baunya. Dan masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar. Saya juga masukkan 3 sudu serbuk Keema jenama Tooba. Kacau sehinga garing. 
  3. Masukkan tomato… goreng hingga tomato hancur dan layu. Masukkan daging kisar dan empuya resipi tak hancurkan.  Dia biar daging tu sedikit kenyal dan pisahkan seperti kiub.
    masukkan 1 petak shj sebab untuk seorang makan. Jika  masakan terlalu kering, masukkan 1/2 cawan air dan tutup kuali.
  4. Masukkan kacang peas dan tutup kuali semula.
    Untuk yang gemar masakan sedikit basah, boleh tambah sedikit air lagi dan sedikit garam sebagai perasa dan kacau kuali sebelum masakan diangkat utk dihidangkan.
  5. Masukkan daun ketumbar.

Sedap juga jika dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Selamat mencuba.

*Cara2 masak boleh tengok di video ya.

https://www.facebook.com/eiraisma/videos/10156117366738280/

Kongsi resipi: Eira Prislla

 

INGIN MEMBELI KUALI TAK MELEKAT UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI

 

ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :

Cara Masak Asam Pedas Daging Tetel Yang Sedap

Resipi Murtabak Daging Kulit Popia Paling Sedap & Mudah

Resipi Daging Goreng Kentang 5 Bahan. 15 Minit Dah Siap Masak.

DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :