Resipi Keema Daging Yang Sedap Makan Dengan Roti Atau Nan Cheese Meleleh

Share

Keema daging selalunya di makan bersama nan cheese  atau roti prata. Adunan daging bersama rempah ratus memang membangkitkan selera, selain penggunaan daging kisar dan kacang peas segar di dalamnya. 

Resipi keema daging

BAHAN-BAHAN:

400gm -daging kisar atau  daging batang pinang kalau teringin buat masakan daging potong.
1 tin kecil kacang peas dalam tin
3-4 sudu minyak sapi (boleh juga guna minyak masak dan masuk 2 sudu minyak sapi)
1/2 mangkuk- daun ketumbar
3 biji tomato dicincang
Bawang merah  biji yg besar.
1/2 cawan air kosong  

Bahan rempah ratus

  • 1 sudu besar (tsp) serbuk ketumbar.
  • 1 sudu besar jintan putih.
  • 2 helai daun kering bay leave (daun salam).
  • 4 biji bunga cengkih.
  • Stgh inci kulit kayu manis.
  • 2 biji buah pelaga.
  • 1/2 sudu teh garam secukup rasa
  • 1/2 inci halia yang ditumbuk (pes lebih baik).
  • 4 biji bawang putih (pes lebih baik).
  • Serbuk cili merah 1/2 sudu besar
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu besar
  • 3 sudu serbuk Keema Masaala.

Cara memasak

  1. Panaskan kuali, masuk 3 sudu minyak sapi. Sekiranya tidak suka minyak sapi, gunakan minyak masak. Rasa lebih kepada masakan Melayu kalau guna minyak masak.
  2. Panaskan minya, masukkan bahan kering dahulu seperti daun bay leaf, bunga cengkih, buah pelaga. Masukkan juga jintan putih, bawang putih, halia. Bawang merah juga boleh dimasuk ketika ini.
  3. Masukkan tomato,  goreng hingga tomato hancur dan layu. Masukkan daging kisar dan gaul. Biar daging sedikit kenyal dan kacau. Jika masakan terlalu kering, masukkan 1/2 cawan air dan tutup kuali.
  4. Masukkan kacang peas dan tutup kuali semula. Untuk yang gemar masakan sedikit basah, boleh tambah sedikit air lagi dan sedikit garam sebagai perasa dan kacau kuali sebelum masakan diangkat utk dihidangkan.
  5. Masukkan daun ketumbar.

Sedap juga jika dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Selamat mencuba.

Kongsi resipi: Eira Prislla

 

ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :

DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :

 

 

Published by
Rose