Ikan masak pindang atau ada sesetengah tempat panggil singgang tumis. Resipi ringkas tapi rasanya cukup menyegarkan selera makan. Resipi daripada perkongsian Facebook Sue M Shaunki.
IKAN MASAK PINDANG
BAHAN-BAHAN
- 4 – 5 ekor ikan kerisi ( bergantung dengan saiznya) – boleh juga guna ikan tenggiri,gelama,haruan, & ikan merah.
> Kunyit Garamkan,kemudian goreng separa garing ya - 1 kiub ikan bilis maggi
- 1/2 sudu teh lada hitam – boleh tambah
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit ( untuk kuah)
- 1 tangkai cili besar – belah dua
- 1 biji tomato – belah 4.
- 2 keping asam gelugor atau setengah cawan air asam jawa. ( agak-agak je)
- 3 cawan air atau lebih jika nak berkuah lebih.
- 3 sudu minyak untuk menumis
- Garam & gula ikut sedap mulut ya
Alhamdulillah,
Rezeki suami beli ikan kerisi yang agak besar, cuci bersih-bersih & garam kunyitkan siap-siap.
Ikannya besar jadi saya potong dua untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam periuk
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah – belah 4
- 2 inci halia – hiris boleh ketuk pon boleh
- 6 ulas bawang putih**
- 2 batang serai **
- 10 biji cili padi ** – boleh tambah kalau suka
(**) – ketuk – ketuk je.
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan kerisi separa garing ( jgn garing sangat,hilang manisnya nanti),angkat dan toskan.
TIPS SUPAYA IKAN TIDAK MELEKAT
- Tabur garam dalam minyak sebelum masuk ikan.
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan, kalih ikan selepas 2-3 minit.
- Tips ibu mertua saya, masukkan asam keping sebelum masuk ikan.
(Boleh cuba salah satu, saya dah cuba semua)
2. Pecah- pecahkan cili padi kampung yang pedas ini.
3. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai dengan 3 sudu minyak.
4. Bila semua bahan tadi dah mula layu, masukkan air.
TIPS ELAK BERKECAH:
- Kalau tidak mahu dapur berkecah sebab percikan air, Tuang air itu atas senduk seperti dalam gambar. InsyaAllah tidak ada percikan air berlaku
5. Masukkan serbuk kunyit,asam keping & lada hitam . Biarkan kuah mendidih.
NOTA KAKI: asam keping tu basuh dulu ya
6. Mendidih kuah itu masukkan ikan kerisi goreng, bahan perasa (garam & gula ) berserta kiub ikan bilis. Jangan lupa dengan masukkan cili besar & tomato sekali
Sukatan garam gula ikut citarasa masing-masing. Biarkan mendidih semula dalam 5 minit. Siap! Hidangkan dengan nasi panas.
INFO:
- Kalau tidak suka masam sangat kurangkan asam keping, keluarkan asam bila dah masak.
- Tujuan ikan di goreng dulu, supaya isi ikan tak hancur walau panas semula nanti. Boleh juga tidak mahu goreng.
- Untuk yang berpantang, bukan semua ikan boleh makan, lebihkan halia & lada hitam. Bawang putih buat ulam.
- Kurangkan cili padi jika tidak boleh makan pedas.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sue M Shauhki
ANDA MUNGKIN MENYUAKI RESIPI INI: