
Bagi sesetengah dari kita, resipi Kari Ayam memang mudah sebab dah biasa masak menu ni. Namun ada juga yang belum mahir. Malah, Kari Ayam ni pun ada banyak jenis dan menggunakan bahan-bahan yang berbeza. Nak cuba resipi ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA-CARA MEMASAK KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
- 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
- 3-4 ulas bawang merah – dimayang
- 2 ulas bawang putih – dimayang
- 1cm halia – dimayang
- Minyak masak secukupnya
- 2 tangkai daun kari
- 1 paket kecil serbuk kari ayam
- 1 paket kecil serbuk cili
- 2 sudu teh cili boh
- Garam kasar secukup rasa
- 1 kotak kecil santan
- 2 kotak kecil air – sukat guna kotak santan
- 3 biji ubi kentang
- 1 sudu teh pes asam jawa
- Sedikit gula – tujuan untuk melemakkan kari
- 4 biji cili merah – belah 2
CARA MEMASAK:
1. Tuangkan minyak. Bila dah panas, masukkan 4 sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.

2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.

3. Seterusnya masukkanrempah kari ayam/daging dan cili serbuk. ( empunya resipi guna serbuk kari adabi dan serbuk cili babas). Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, tambah air sedikit.

4. Masukkan garam kasar dengan secukup rasa.

5. Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih.

6. Gaul rata kesemua bahan.

7. Masukkan santan segar atau santan kotak. Jika nak pakai kara mcm ni, tuangkan air dalam kotak sebanyak dua kali.

8. Masukkan ubi kentang.

9. Kemudian masukkan pes asam jawa.

10. Tambahkan sedikit gula. Ia bertujuan untuk melemakkan kari.

11. Campak cili merah belah tengah dan biarkan masak.

12. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurul Jannah Zakariar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Idea Bento Comel Bekal Anak Ke Sekolah

Idea bento comel bekal anak ke sekolah. Sesi persekolahan penggal baru akan bermula esok.
Tentu mak-mak tengah sibuk cari idea untuk memasak bekalan untuk dibawa anak-anak ke sekolah esok.
Apatah lagi bagi anak-anak yang masih di sekolah rendah. Biasanya susahnak suruh makan. Jadi, mak-mak kena berusaha lebih untuk mencari idea untuk bekal anak.
Salah satunya adalah menyediakan bento. Ia merupakan Bento atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.
Seperti nasi bungkus, bento boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.
Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Anda boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk anak-anak sebagai bekal ke sekolah. Tiga idea bento ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.
BENTO COMEL BEKALAN ANAK KE SEKOLAH

1.BENTO BAS SEKOLAH
BAHAN-BAHAN:
3 keping kentang Hashbrown
2 biji telur puyuh (direbus)
3 batang sosej (Breakfast Sausage)
1 biji buah tomato segar
½ labu bawang besar
200 gram kacang panggang
1 biji Brussel Sprout }rebus
100 gram brokoli (rebus) – boleh beli online di sini
Sedikit minyak untuk mengoreng – boleh beli online di sini
Stok ayam
Sedikit mentega – boleh beli online di sini
UNTUK HIASAN:
3 batang lidi hiasan – untuk cucuk sosej
Sedikit rumpai laut Jepun – boleh beli online di sini
1 cawan kertas kecil – untuk letak kacang panggang
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan kentang Hashbrown sehingga menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
- Kemudian ambil sekeping kentang Hashbrown dan bulatkan potongan menjadi dua acuan roda. Ketepikan.
- Belah telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu untuk dijadikan roda. Ketepikan.
- Rebus sosej ke dalam stok ayam seketika. Bila masak, ketepikan.
- Kemudian gaul brokoli dan Brussel Sprout bersama sedikit mentega dan perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Buah tomato dibelah dua. Separuh dihiris nipis untuk hiasan. Ketepikan.
- Manakala yang sebahagian lagi, dipotong empat segi sama dan diperasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Panggang seketika tomato tersebut di atas kuali leper. Ketepikan.
- Setelah itu, tumiskan bawang besar bersama kacang panggang di dalam kuali seketika. Selepas masak angkat dan ketepikan.
- Kemudian, gandingkan kesemua bahan ke dalam bekas makanan mengikut gambar.
BENTO FETTUCHINI CARBONARA BERSAMA NUGET AYAM MINION

BAHAN-BAHAN:
500 gram Fettuchini
2 sudu makan minyak Zaitun – boleh beli online di sini
1 labu bawang besar – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1 biji telur – Ambil kuning
2 batang sosej ayam – dipotong dadu
200ml double cream
2 keping roti daging ayam – dipotong dadu
100 gram keju Permesan
Garam secukup rasa
Air untuk merebus
Sedikit lada sulah – boleh beli online di sini
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak Fetthuchini: Masukkan air ke dalam sebuah periuk, masukkan minyak Zaitun dan sedikit garam. Apabila mendidih, masukkan Fetthuchini dan biar seketika hingga masak Al dente (jangan terlebih masak). Angkat dan tos.
- Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang hingga harum baunya.
- Masukkan Sosej dan Roti Daging Ayam yang telah dipotong dan perasa dengan garam secukup rasa.
- Setelah itu masukkan Double Cream dan biarkan ia hingga mendidih.
- Tutupkan api dan masukkan kuning. Kacau sekata.
- Masukkan Fetthuchini dan gaul sebati. Ketepikan.
- Untuk memasak nuget ayam: Goreng nuget sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
- Untuk menghidang, gunakan kulit sushi nori untuk jadikan cermin mata. Kemudian gunakan tomato ceri untuk membuat mata.
- Masukkan Fettuchini ke dalam bento dan kemudian susun nuget ayam yang telah dibentuk menjadi Minion di bahagian atasnya.
BENTO KENTANG LENYEK BERSAMA COLESLAW

BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK:
6 biji ubi kentang – Kupas kulit dan rebus sehingga empuk – boleh beli online di sini
Susu UHT
½ sudu teh serbuk lada sulah – boleh beli online di sini
30 gram mentega lembut – boleh beli online di sini
Sedikit Garam
BAHAN-BAHAN SOS BAWANG KUNING:
1 labu bawang Holland (Cincang)
Sedikit sos tiram
1 sudu makan Serbuk Pati Ayam
30 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada hitam – boleh beli online di sini
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN COLESLAW:
250 gram kubis bulat
150 gram lobak merah – boleh beli online di sini
100 gram bawang besar
2 sudu makan mayones – boleh beli online di sini
Sedikit garam halus
1 sudu teh gula – boleh beli online di sini
½ sudu makan cuka sayur
UNTUK HIASAN:
4 potong kentang wedges (Digoreng dahulu)
Sedikit daun salad
Kacang badam (belah dua secara menyerong)
Sedikit timun Jepun (untuk buat mata)
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak kentang lenyek: Rebus kentang sehingga empuk di dalam periuk berisi air secukupnya.
- Setelah masak, tos dan lenyek sehingga halus (boleh gunakan pengisar makanan).
- Masukkan susu dan mentega lembut, kisar lagi hingga sebati.
- Perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Untuk menyediakan Sos Bawang Kuning: Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang Holland sehingga wangi.
- Masukkan tepung gandum dan kacau lagi. Tambahkan air dan serbuk pati ayam.
- Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam dan masak sehingga mendidih.
- Tutup api kemudian kisar kesemua bahan sehingga halus menggunakan pengisar makanan.
- Kemudian satukan Kentang Lenyek dan Sos Bawang Kuning dalam satu bekas. Gaul sebati. Ketepikan dan biar ia sejuk.
- Untuk menghidang: Skop Kentang Lenyek menggunakan skop ice cream menjadi bentuk bulat.
- Letakkan di dalam bekas yang telah disusun dengan daun salad. Jadikan seperti badan dan kepala Landak.
- Cucukkan kepingan kacang badam dan jadikan duri Landak.
- Potong Timun Jepun untuk jadikan bentuk mata.
- Letakkan coleslaw di sebelah kentang yang berbentuk Landak.
- Hiaskan juga dengan Kentang Wedges yang telah digoreng.
- Sedia dihidangkan.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ayam Sambal Tumis Serai, Simple Tapi Bila Makan Pasti Bertambah Nasi
Cara Buat Ayam Masak Kicap Kering Yang Enak. Confirm Licin Pinggan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Sate Tulang.Ni Ramuan Rahsia Yang Terlajak Sedap. Leka Makan Tak Sedar Habis Sepinggan

Siapa tak berselera kalau dapat makan sate. Menu yang sukar ditolak. Olahan rempah ratus terpilih menjadikan sate yang dinikmati enak dan menyelerakan. Seperti mana resipi sate tulang ini, dipadu pula dengan kuah cili leka menikmatinya. Boleh buat sendiri dan makan puas.
Bahan-bahan:
- 1 kg rangka ayam | dipotong kecil
- 8 ulas bawang merah | dikisar halus
- 5 ulas bawang putih | dikisar halus
- 3cm lengkuas | dikisar halus
- 3 batang serai | dikisar halus
- 3cm halia | dikisar halus
- 3cm kunyit | dikisar halus
- 2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
- 2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
- 2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
- 3 sudu makan gula merah
- Garam dan gula putih secukup rasa
- Sedikit minyak masak
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,
- Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
- Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.
- Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.
- Sedia untuk dihidangkan.
Jemput-jemput Berinti Sambal Terengganu. Perghh ..Tak Payah Cicah-cicah
Variasi Lauk Pauk Masakan Minang Yang boleh Korang Cuba.

Ramai mengemari masakan Minang atau Padang? Masakan Minang atau Padang yang rata-rata pedas tapi sedap. Apa kata hujung minggu ini anda cuba satu dari tiga menu masakan Minang yang Rasa kongsi sebagai juadah makan tengahari atau malam bersama keluarga.

MASAK LEMAK KUNING URAT TUJANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm urat tunjang/keting
- 750ml santan
- 1 liter air
- 1 helai daun kunyit
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang serai | titik
- 2 helai daun limau purut
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 100gm cili merah
- 10 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 4cm lengkuas
- 4 biji buah keras
- 2cm kunyit hidup
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci bersih urat tunjang/keting. Ketepikan.
- Kemudian rebus air dan setelah mendidih masukkan urat tunjang dan masak sampai empuk. Angkat dan tiriskan. Setelah sejuk, potong mengikut selera masing-masing. Ketepikan.
- Di dalam periuk lain, masukkan urat tunjang tadi, diikuti dengan bahan kisar. Gaul sekata. Masukkan juga bahan lain dan santan. Masak hingga santan mendidih menggunakan api sederhana.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Kecilkan api dan kacau perlahan sehingga santan sedikit mengental dan pecah minyak.
- Angkat dan sedia dinikmati.

DAGING GORENG BERLADO PEDAS MINANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
- 10 biji cili merah
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1biji tomato | potong dadu
- 1 batang serai | ketuk
- 2cm halia
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK:
- Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
- Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
- Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
- Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong
- 2 liter santan
- 2 batang serai | racik halus
- 1 batang serai | titik
- 4 helai daun limau purut
- 2cm asam gelugur
- 2 helai daun kunyit | hiris
BAHAN KISAR:
- 5 biji buah keras
- 6 ulas bawang putih
- 100gm cili besar merah
- 12 biji bawang merah
- 100gm cili padi merah
- 2cm halia | bakar sedikit
- 2cm lengkuas
- 3cm kunyit | bakar sedikit
- 1/2 sudu makan ketumbar
- 2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 1 sudu teh jintan | sangrai
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, tuangkan santan, masukkan serai yang dititik, asam gelugur, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau hingga santan mendidih dan pastikan santan yang dimasak tidak pecah.
- Setelah santan mendidih, masukkan rempah yang telah dikisar dan gaul sebati kira-kira 20 minit.
- Apabila santan mula mengeluarkan minyak, masukkan potongan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana hingga santan mengering. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan hirisan serai. Gaul sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.

