Hujung minggu sajian sebegini memang sesuai di sajikan untuk keluarga tercinta. Set lengkap nasi ayam sos lemon ini sangat lazat dan mudah disediakan, sekaligus melengkapkan hidangan makan tengahari kamu. Selamat mencuba.
Resipi Nasi Ayam Pusa Gold Planta
CARA MEMASAK:
- Basuh beras dalam penapis.
- Tumis Planta secukupnya. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 sekawan.
- Setelah bawang garing, masukkan 3 hirisan halia, 2 helai daun pandan dan 1 batang serai yang diketuk.
- Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau seketika sebelum ditutup apinya.
- Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan yang betul.
- Masak nasi seperti biasa.
- Selepas nasi masak, boleh tambahkan sedikit lagi Planta untuk rasa yang lebih sedap.
Resipi Sup Ayam Ringkas
- Tumis 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan.
- Masukkan 3 hirisan halia.
- Masuk sekali 1 sudu besar serbuk lada sulah dan 1 kiub pati ayam.
- Pilih sedikit bahagian ayam yang bertulang. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri.
- Kemudian masukkan 5-6 cawan air.
- Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Boleh masukkan bebola untuk penambahan rasa.
- Tutup api selepas rasa sebati.
Resipi Air Cili
- Kisar hancur 3 tangkai lada merah, 1 tangkai daun ketumbar dan 1/4 tomato
- Masukkan dalam periuk. Tambahkan 2 senduk sup ayam. Guna api perlahan sahaja.
- Tambahkan 3 sudu besar cili sos Thai dan 1/2 sudu halia parut.
- Tambahkan garam gula sekiranya perlu.
- Tutup api selepas sos mula mendidih perlahan.
Resipi Sos Kicap
- Ambil 2 senduk sup.
- Tambahkan 1/2 senduk kicap Jalen Lemak Manis dan 2 hirisan halia, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu kecil sos ikan.
- Tambahkan sedikit perasa.
- Tutup api selepas sos mendidih perlahan.
Resipi Ayam Goreng Crispy
BAHAN-BAHAN:
- Hiris nipis 1 ketul dada ayam
- Perapkan bersama bahan dalam gambar ( gandakan untuk depan belakang )
- 1 sudu besar sunquick
- 1/2 sudu kecil kicap Jalen
- 1 titik sos ikan
- secubit garam
- secubit perasa
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- secubit lada hitam kisar
- Lumurkan putih telur.
- Lumurkan tepung goreng ayam depan belakang.
- * boleh guna Tepung Bestari original/ tepung jagung dengan serbuk roti putih.
- Perap selama 1 jam.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak.
- Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering.
- * kalau nak kulit luar tebal, boleh ulang 2 kali.
- Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata.
- Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan.
Resipi Sos Madu Lemon
- Cedok 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain.
- Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon.
- Masukkan 1 sudu besar madu.
- Tuang bancuhan air tepung jagung.
( 1 sudu besar tepung jagung +1 senduk sup ayam) - Masukkan secubit garam/ secukup rasa.
- Masukkan hirisan lemon tanpa biji setelah kuah mula suam.
- Siap untuk kuah sos lemon yang lazat.
- Bila sos sejuk, bolehlah dituang atas ayam.
- Taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
Kongsi resipi: Afy AL Habibi