Salah satu cara untuk menikmati tauhu secara lebih sedap dan enak. Anda anak-anak tak suka tauhu, menu ni pasti mengubah persepsi mereka.  tengok sahaja pun dah terasa kenikmatannya. Jom cuba!

BERGEDIL TAUHU

BAHAN-BAHAN:

Resipi Step By Step Bergedil Tauhu. Mudah & Memang Sedap! Cicah Sambal Kicap Memang Nikmat.

  • 4 keping tahu lembut
  • 3 biji kentang | direbus/goreng
  • 1-2 ketul dada ayam | dicincang halus. Kalau nak rebus dulu pun ok je kemudian siat-siat
  • 1 biji bawang besar | dicincang halus
  • Bawang goreng | jika suka
  • 1 pokok daun sup | dicincang
  • 1/2 batang cili hijau & merah | dicincang
  • 1/2 batang lobak merah | dicincang
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih | jika tiada, boleh pakai bawang putih biasa, cincang dan goreng
  • 1 sudu teh garam
  • 2 biji telur

Nota:Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi udang atau ketam

Ads

 

CARA MEMASAK:

1.  Ubi kentang dan tauhu ditumbuk hingga halus.

Resipi Step By Step Bergedil Tauhu. Mudah & Memang Sedap! Cicah Sambal Kicap Memang Nikmat.

2.  Kemudian satukan dengan semua bahan yang lain kecuali telur. Gaul hingga semua bahan sebati.

Resipi Step By Step Bergedil Tauhu. Mudah & Memang Sedap! Cicah Sambal Kicap Memang Nikmat.

3.  Ambil adunan dan bulatkan seperti dalam gambar. Kalau nak lagi sedap, boleh dikukus selama 15 minit.

Resipi Step By Step Bergedil Tauhu. Mudah & Memang Sedap! Cicah Sambal Kicap Memang Nikmat.

 

Ads

4.  Pilihan kedua, inti tadi selain dikepal, boleh juga disumbat ke dalam tauhu pok. Caranya, potong bentu X pada tauhu dan keluarkan isinya. Kemudian sumbat dengan inti tauhu tadi hingga penuh.

Resipi Step By Step Bergedil Tauhu. Mudah & Memang Sedap! Cicah Sambal Kicap Memang Nikmat.

5.  Ambil telur dan pecahkan. Pukul sedikit kemudian celupkan kepingan bergedil tauhu tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna menjadi perang. ( minyak menggoreng sebaiknya ditukar setiap 2 kali gorengan bagi mendapatkan hasil bergedil yang cantik.)

Resipi Step By Step Bergedil Tauhu. Mudah & Memang Sedap! Cicah Sambal Kicap Memang Nikmat.

Ads

6.  Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan bersama sambal kicap.

Resipi Step By Step Bergedil Tauhu. Mudah & Memang Sedap! Cicah Sambal Kicap Memang Nikmat.

 

Kredit gambar& resipi: El Musliha Katiman

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI