Resipi Step By Step Buat Ikan Sardin Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Diyakini Halal.

Share

Sardin antara makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai. Tapi anda pernah tak terfikir untuk buat sendiri secara homemade sardin seperti yang dijual dalam tin tu? Serius memang tak susah kalau nak buat. Anda boleh cuba buat sendiri stok sardin untuk hidangan ahli keluarga. Sekali cuba, pasti anda akan jarang beli sardin tin dah lepas ni.

Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betukl. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.

 

CARA BUAT IKAN SARDIN TIN SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 ekor ikan sardin segar (bersihkan buang kepala & ekor)
  • 2 biji tomato ranum
  • 2 labu bawang besar merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cawan tomato purée
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 cawan air + secukupnya
  • Garam & gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Bawang besar, bawang putih dan tomato dikisar halus.

 

2. Dalam periuk, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan kisar beberapa minit.

 

3. Masukkan tomato purée dan sos tomato. Tambah air dalam secawan.

 

4. Masukkan ikan dan tenggelamkan dalam kuah.

5. Tambah garam dan gula secukup rasa.

 

INFO CHEF:

  • Jika selepas 60 minit ikan belum cukup lembut, boleh tambah masak 30 minit lagi. Tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat.
  • Kalau guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
  • Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betul. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
  • Kalau simpan dalam freezer, letakkan dalam bekas yang kecik (portion untuk sekali masak).

Kredit gambar & resipi sepenuhnya : Chef Sue M. Arukin

Published by
Nur