Suka makan masakan India? Kalau ya, anda boleh cuba menu Ayam Varuval; resipi perkongsian saudari Kalaivani Krishnasamy. Menurut Kalai, resipi ini adalah gaya masak cara keluarganya. Varuval ni membawa maksud garing. Nampak sedap kan? Jom cuba!
AYAM VARUVAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dipotong kecil
1 inci halia – tumbuk lumat
6-7 ulas bawang putih – tumbuk lumat
1 sudu makan serbuk kunyit
2 susu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
BAHAN VARUVAL
4 sudu makan jintan manis
15 ulas bawang putih – hiris
2 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
5-6 tangkai cili kering – dibersihkan
3 biji bawang besar – letak lebih lagi sedap
Sedikit pes halia bawang putih ( 1cm halia, 3-4 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat)
1 biji tomato – dipotong
Serbuk cili @ cili kisar secukupnya – jika guna serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama halia tumbuk, bawang putih tumbuk, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam Gaul rata dan biarkan 1 jam.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak dan berwarna keemasan.
Ads
3. Seterusnya untuk menyediakan varuval, panaskan minyak dan goreng jintan manis hingga wangi. Angkat dan ketepikan.
4. Kemudian masukkan bawang putih, cili kering dan daun kari. Goreng juga hingga wangi. Angkat.
Ads
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis pes halia bawang putih, tomato dan bawang besar. Masak hingga bawang berubah warna.
6. Seterusnya masukkan serbuk cili kering babas atau cili kering kisar pun bole Tambah ikut citarasa masing-masing. Varuval ni tak boleh pedas sangat nanti tak sedap. Masak guna minyak sahaja dan jangan letak air. Air dari bawang tu pun dah cukup. Sebab tu bawang kena letak lebih.
7. Tambah garam dan gula.Tunggu sampai garing dan pecah minyak. Varuval kena garing dan rasa manis-manis sedikit.
Ads
8. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
9. Masukkan ayam. Gaul. Jika kurang rasa, tambah perasa secukupnya.
10. Siap untuk dinikmati. Boleh tabur daun pudina atau daun ketumbar sebelum dihidang.
Pernah makan dan rasa Teresek Kacang Panjang? Masakan ini popular di Kelantan, lauk rewang yang selalu disajikan semasa rewang kenduri kahwin. Menu ini memang menyelerakan makan beramai walaupun bahannya hanya kacang panjang dengan leher, kepak, kaki, hati dan pedal ayam yang tidak digunakan untuk lauk pauk hari kenduri. Sayang menu ini seperti dilupakan kerana kebanyakan majlis kahwin lauk pauk disediakan oleh katering bukan lagi secara rewang.
Bijak mengolah menu, pasti ahli keluarga tidak jemu menikmati apa juga hidangan yang anda sediakan. Apa kata kali ini anda pelbagaikan menu yang anda warisi dari ibu atau nenek dengan olahan baru sesuai dengan cita rasa moden dan ia lebih mudah disediakan. Apa yang penting rasanya pasti tidak mengecewakan. Cubalah 6 jenis menu ayam ni sesuai untuk mereka yang tidak makan daging.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
3. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
4. Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
5. Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
7. Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda juga boleh masukkan hirisan daun limau purut.
….
AYAM JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji bawang besar | hiris
5 batang serai | titik
3 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
2 keping asam gelugor
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
3. Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
4. Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
5. Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
6. Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
8. Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
9. Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Menu ini juga boleh dipadankan dengan roti.
…..
AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
5. Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
7. Tutup api, hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain ayam, anda boleh juga menggunakan daging.
….
AYAM MASAK LIKU
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
300 gm lengkuas muda | parut
1000ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugor
1 sudu makan serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
8 biji cili padi
4 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar dan lengkuas yang telah diparut.
2. Apabila santan mendidih dan sedikit pekat masukkan ayam.
3. Renehkan hingga ayam empuk dan masak.
4. Setelah kuah pekat masukkan kerisik, kacau rata.
5. Kemudian perasakan dengan lada sulah garam dan gula secukup rasa.
6. Apabila timbul minyak dan cukup rasa. Tutup api.
7. Ayam Liku sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ayam Liku ini menu tradisional masyarakat Bugis di Sabah. Sering dihidangkan di musin perayaan.
…
AYAM TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
500 gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
4 batang serai | titik kasar
1 biji bawang besar | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 cm halia muda | hiris halus
6 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
3. Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
5. Sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Anda boleh juga goreng ayam separuh masak sebelum dimasak dengan resipi ini.
….
AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
500ml santan pekat
Daun pegaga secukupnya
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3cm halia muda
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
5. Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
6. Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
7. Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
8. Balut ikan dan bakar hingga masak.
9. Setelah masak ayam percik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ada lebihan tumisan percik boleh tuang di atas ayam yang telah dibakar tadi.
….
Menu ayam memang jadi kegemaran ramai, tambah pula di kalangan anak-anak. Selain ayam goreng, ayam bakar juga enak dinikmati. Tak perlu nasi pun mereka boleh habiskan sepinggan. Nak buat ayam bakar dengan ramuan yang enak, boleh ikut stail cik pooja ni. So shedapp.
Ayam Bakar
Bahan-bahan:
1 ekor ayam(cuci bersih) cikpooja belah di bahagian dada untuk mudahkan kerja cuci dalamannya
Kentang,brokoli, tomato ceri optional. Tak nak letak pun tak apa,ayam tetap rasa sedap.
Cara memasak:
1.Semua bahan-bahan ni cikpooja kisar dengan sedikit air(suku cawan air)
2.Dah kisar semua,perapkan dengan ayam.
3.Cikpooja perap 2j am sebelum bakar. Lagi lama perap lagi sedap
Bakar pada suhu 200° 1 jam @sampai masak (bergantung pada oven masing-masing).Cikpooja suka yang crunchy di luar lembut juicy di dalam, sebab tu letak suhu tinggi.
Sos Cicah Ayam
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5-6 biji cabai melaka(yang merah atau hijau boleh je mana-mana)
2 biji limau nipis (ambil air perahannya)
1 sudu besar cuka makan
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
Suku cawan air panas
Cara membuat:
1.Tumbuk bawang puith dan cabai melaka.
2.Kemudian masukkan air perahan limau nipis,cuka makan,gula pasir,garam dan air panas.
3.Gaul semua bahan-bahan ini sampai sebati dan cukup rasanya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.