Suka makan Kek Lobak Merah? Jom cuba resipi perkongsian Cik Puan Swepple Ariana (cp: Khairul Hakimin Muhammad, Tukang Masak Kek Lobak Kegemaran Cinta). Memang mudah!
KEK LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan lobak merah – disagat
1 1/4 cawan gula perang halus
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan walnut – dicincang kasar
1 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur saiz A
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik – ayak bersama tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat – ayak bersama tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kayu manis – ayak bersama tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla.
BAHAN KRIM KEJU:
250gm krim keju
150gm gula aising
CARA MEMASAK:
1. Sagat lobak merah. Untuk 2 cawan, anggaran guna 3 batang lobak merah saiz sedang.
IKLAN
2. Pukul gula perang bersama minyak hingga berkrim dan sedikit pekat.
3. Kemudian masukkan telur.
4. Seterusnya masukkan campuran tepung yang diayak bersama kulit kayu manis, soda dan serbuk penaik. Masukkan sedikit demi sedikit. Kaup balikkan guna spatula.
IKLAN
5. Kemudian masukkan lobak merah dan walnut. Kacau sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8’x8’ yang telah dialas dengan baking paper. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit. Kipas boleh pasang, tak nak pasang pun boleh. Guna api atas bawah.
IKLAN
7. Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan.
8. Untuk hiasan, pukul krim keju bersama gula aising hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam beg piping dan sejukkan keju seketika. Bila kek dah sejuk, baru paipkan krim keju ikut kreativiti.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Puan Swepple Ariana (cp: Khairul Hakimin Muhammad, Tukang Masak Kek Lobak Kegemaran Cinta)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ni dia resipi Bubble Rice Choco Bar yang mudah betul membuatnya. Boleh tambahkan koleksi biskut raya anda. Gandingan coklat dengan bertih beras atau bubble rice ni memang padu sangat.
Walau bahannya ringkas, tapi rasanya rangup dan sedap
BUBBLE RICE CHOCO BAR
BAHAN BAHAN:
500 gm coklat masakan (boleh guna milk compound)
25 ml minyak masak *opsyen nak letak atau tidak
Bubble rice secukupnya *boleh juga letak kismis/kekacang
CARA MEMASAK :
Bakar dalam oven bubble rice pada suhu 120°c selama 10 min lebih kurang/sehingga rangup,ketepikan
Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya, masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati…
Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/acuan cetak
Taburkan bubble rice ke atasnya. Jangangn tekan..
Tuangkan ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan, hentak-hentak sedikit acuan untuk diratakan.
*pastikan choklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan daripada lemau
Boleh simpan boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika, Dah sejuk/beku boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia di makan
* Letak minyak masak sikit, jadi nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras.
Biskut Sarang Semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Suatu ketika dulu biskut Sarang Semut dianggap cukup moden. Boleh dikatakan biskut ini diwarisi sehingga ke anak cucu. Raya ini jom kita hidangkan biskut Sarang Semut. Ini resipi yang dikongsikan oleh Zulena Ismail
Anda peminat kek keju? Jika ya, resipi ni anda kena cuba. Basque Burnt Cheesecake atau ada yang memanggil Kek Keju Hangus ni antara resipi terkini yang menjadi kegilaan para suri rumah untuk mencubanya. Nampak sedap kan? Jom lihat resipi perkongsian saudari Lina Thomas ni.
BASQUE BURNT CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
1000gm krim keju
300gm gula kastor
7 biji telur
500gm heavy cream/double cream/ UHT whipping cream
30gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama, sediakan loyang kek ( spring-form pan) bersaiz 23cm yang telah dialas dengan parchment paper didalamnya.
Pastikan parchment paper lebih tinggi ( sekurang-kurangnya 3 inci di atas bahagian baking paper). Loyang kek ( spring-form pan juga perlu dibalut dengan aluminium foil bagi elak adunan kek bocor masa dibakar.)
Bagi menyediakan kek, putar krim keju dengan gula hingga sebati.
Tambahkan telur satu demi satu. Pukul hingga rata dan sebati.
Seterusnya masukkan heavy cream dan putar lagi sekali hingga semua bahan sekata.
Akhir sekali, masukkan tepung. Putar lagi hingga sebati dan sempurna.
Tuang adunan kek ke dalam loyang dan masukkan ke dalam ketuhar. Bakar selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek bertukar warna keemasan.
Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan.
Basque Burnt Cheesecake boleh dihidang bersama strawberry compote atau dimakan begitu sahaja.
RESIPI STRAWBERRY COMPOTE
BAHAN-BAHAN:
4 cawan strawberi segar atau frozen
1/4 cawan gula
1/4 cawan jus oren
CARA MEMASAK:
Panaskan jus oren dan gula guna api sederhana sehingga gula larut.
Potong nipis strawberi, masukkan ke dalam periuk tadidan masak dengan api sederhana selama 10 hingga 12 minit sambil dikacau menggunakan senduk kayu. Masak sehingga ia mula pekat sedikit dan buahnya lembut tetapi masih dalam kepingan.
Tutup api dan strawberi compote ni boleh di makan bila-bila masa atau jika tidak habis dimakan, boleh simpan dalam balang kaca atau bekas bersih.
Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama seminggu. Untuk memanaskan semula, letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro dan masak selama kira-kira 1 hingga 2 minit.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...