Hujung minggu macam ni, bolehlah masak hidangan special untuk keluarga. Lasagna yang guna roti sandwic ni salah satu yang boleh anda cuba. Lihatlah lapisan keju tu. Fuhhh..memang memikat weh! Jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Daa ni.

LASAGNA ROTI DAGING & CHEESE BERGANDA

BAHAN-BAHAN:

Resipi Step By Step Lasagna Roti Daging & Cheese. Memang Mudah!

  • 4 keping daging burger (leraikan)
  • 2 biji telur
  • 8 keping roti Gardenia
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam Maggi (sukatan membukit dan bancuh dengan 2 sudu makan air)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)
  • Cendawan butang (potong dadu)
  • Daun sup
  • 2 biji bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak (untuk menumis)

BAHAN TABUR:

  • Keju cheddar ( block)
  • Keju cheddar ( keping)
  • Keju mozarella
  • Italian herbs secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan seketika. Guna api kecil.
  2. Masukkan lobak merah, cendawan, daun sup dan daging burger. Perasakan dengan garam. Masak hingga daging dan sayur tu empuk dan kering.
  3. Dalam bekas lain, masukkan susu segar dan pecahkan telur. Kacau sebati.

CARA MELAPIS ROTI:

IKLAN

1. Guna loyang yang sesuai. Sapu marjerin/mentega sebab tak nak bagi melekat.

2. Potong bahagian reja /tepi roti. Jika tak nak potong pun tak apa.

3. Ambil 2 keping roti dan celup ke dalam bancuhan susu segar+ telur tadi. Susun ke dalam loyang. (Bergantung kepada saiz loyang masing-masing. Loyang sayamuat 2 keping)

4. Tabur inti daging hingga tertutup permukaan roti. Letakkan 2 keping keju cheddar slice.

IKLAN

Resipi Step By Step Lasagna Roti Daging & Cheese. Memang Mudah!

5. Ulang step 2-3 hingga habis roti. Lapisan paling atas adalah lapisan daging.

6. Bila dah siap, tabur mozzarella cheese, cheddar block dan cheddar slice sebanyak mana yang kita suka.

IKLAN

Resipi Step By Step Lasagna Roti Daging & Cheese. Memang Mudah!

7. Tabur sedikit Italian Herbs. Kalau ada lebihan bancuhan telur tadi, boleh siram ke atas keju.

8. Panaskan dulu oven 180c. Kemudian bakar lebih kurang 40minit/180c hingga perang dan garing.

Resipi Step By Step Lasagna Roti Daging & Cheese. Memang Mudah!

9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Daa

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI