Bebola ikan atau fishball pastinya menjadi kegemaran ramai. Teksturnya yang kenyal serta kaya dengan rasa ikan, menjadikan ia enak dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Ada yang suka buat fishball celup tepung, fishball goreng, dihidangkan dengan sup, ditambah dalam masakan dan banyak lagi. Banyak produk ini dijual di pasaraya namun tahap kebersihan serta cara pemprosesannya diragui. Nah, kali ini anda boleh hasilkan sendiri ‘homemade fishball’ untuk kegunaan keluarga. Lebih jimat, diyakini halal serta bersih bahkan memang puas makan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:

Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade

  • 300gm isi ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) segar
  • 2 sudu teh tepung jagung
  •  Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)

 

CARA MEMASAK:

Ads

1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik.Ambil hanya isinya sahaja.

Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade

2. Kisar isi ikan hingga lumat.

Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade

3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cucur pisang.

Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade    Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade

4. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. Baling @ hempas adunan ikan tadi ke dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin. Semakin lama adunan dihempas, semakin kenyal tekstur fishball anda.

Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade

5. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.

Ads

Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade

6. Ambil fishball menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.

Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade  Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade

7. Didihkan air dan masak fishball anda sehingga terapung. Kemudian bolehlah di toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.

Ads

Resipi Step By Step Membuat Fishball Secara Homemade

 

Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong tau fu atau dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Ia juga boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.

Kredit gambar & resipi: Blog Sharifah Nor Jasmin Syed Omar Shahabudin ( http://jasminshahab205.blogspot.my)

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI