
Menu ringkas, mudah dan cepat disediakan sering menjadi tarikan ramai si bujang untuk mencubanya di dapur. Biasanya konsep ala carte yang menjadi pilihan. Bagi anda yang baru pertama kali nak belajar cara masak paprik, resipi ini boleh anda cuba.
PAPRIK CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk nasi putih
- 150gm isi ayam | dihiris kecil
- 2 ekor sotong | dihiris bulat
- 1/2 biji bawang besar|dihiris
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 batang serai | dihiris memanjang
- 2 helai daun limau purut |dihiris kasar
- 1 tangkai cili merah | dihiris serong
- 2 sudu makan | pes cili kering
- Sedikit hirisan lobak merah
- 2 batang kacang panjang | potong 3cm sedikit
- Sedikit hirisan bunga kobis
- Sedikit sos tiram
- Sedikit sos cili
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
Langkah 1: Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, hirisan bawang besara dan cili.

Langkah 2: Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.

Langkah 3: Masukkan hirisan ayam dan sotong, kacau hingga layu.

Langkah 4: Masukkan hirisan daun limau purut dan serai.

Langkah 5: Masukkan hirisan sayur-sayuran.

Langkah 6: Akhir sekali masukkan sos cili, tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.

Sedia untuk dinikmati!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Cuba Sajian Sedap Ni

Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.

Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.

Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN :
- 200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
- 200 gm brokoli
Bahan sos:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji bawang besar /dihiris
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
- Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN

BAHAN-BAHAN :
- 1 kg dada ayam
- 50 gm serbuk lada hitam
- 30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
- 30 ml kicap manis
- 10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar :
100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia
CARA MEMASAK :
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
2. Kemudian goreng ayam separuh masak
3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI

BAHAN-BAHAN :
- 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
- 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
- 50 gm brokoli
- 1/2 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dihiris
- 4 sm halia | dihiris
- 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Resipi Tomyam Campur Versi Restoran Thailand Tersohor. Kena Cuba Ni.

Kalau makan di kedai atau restoran, menu yang wajib dan selalu kita order adalah tomyam atau sup. Memang akan pesan menu ni selain lauk pauk yang lain. Mungkin disebabkan oleh rasanya yang padu membuatkan anda suka akan lauk ni. Nak cuba masak tomyam yang rasa dia macam anda makan di kedai? Ini resipinya.
TOMYAM CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor udang
- 2 ekor sotong
- 1 dada ayam | hiris nipis
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 batang serai | titik
- 2cm lengkuas |titik
- 2 helai daun limau purut | koyakkan
- 10 tangkai cili padi | titik
- 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- 2 pokok daun ketumbar | hiris
- 1 biji buah tomato | belah empat
- 2 sudu makan pes tomyam
- Air secukupnya
- Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, kemudian masak atas api hingga mendidih.
- Masukkan hirisan lengkuas, serai, daun limau purut, cili padi. Kacau seketika.
- Seterusnya masukkan hirisan isi ayam, sotong, undang dan tomato.
- Kemudian perahkan jus limau nipis dan lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun ketumbar.
- Tomyam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain dihidangkan bersama nasi, tomyam juga enak dihidangkan bersama bihun atau mi.
Ayam Bakar Perap Guna Mayones, Sedap Rupanya Marinate Macam Ni

Resipi Ayam Bakar Mayones perkongsian dari saudari Dani J Tang ni nampak sangat mudah dan sedap. Memang senang sahaja cara pembuatannya. Pasti jadi kegemaran anak-anak.
Maklumlah lauk berasaskan ayam ni budak-budak memang suka. Ada pula kentang yang disadur dengan mentega, emping cili dan oregano. Lagilah bertambah sedap.
Jomlah cuba. Bahan perapannya mudah sahaja. Mayones tu, pakai sahaja jenama apa yang ada. Murah atau mahal, tak kisah. Janji mayones. Jangan lupa cuba tau. Anda pasti kagum dengan keenakannya.
CARA MASAK AYAM BAKAR MAYONES SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – cuci bersih & toskan
BAHAN A (tumbuk halus):
1 biji bawang merah besar – beli online disini
4 ulas bawang putih – beli online disini
(jika suka, boleh juga letak halia & serai)
BAHAN B (sukatan agak-agak sahaja, secukup rasa):
2 sudu makan sos cili – beli online disini
2 sudu makan sos tomato – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
Madu – beli online disini
Chili flakes / emping cili – beli online disini
3 sudu makan mayones – beli online disini
Garam secukupnya (agak-agak sahaja sebab sudah ada sos tiram)
Minyak bijan (boleh ganti dengan minyak masak) – beli online disini
BAHAN SAMPINGAN:
Ubi kentang
Mentega secukupnya – beli online disini
Chili flakes secukupnya
Oregano secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sediakan bekas, campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Semalaman pun elok.
2. Bakar ayam dalam ketuhar pada suhu 200C menggunakan api atas bawah selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar sehingga masak.
(empunya resipi terbalikkan ayam supaya api atas boleh bakar kedua belah sisi ayam.)
3. Untuk kentang, kupas, potong dan rebus.
4. Bila sudah empuk, tos air kemudian ambil sedikit mentega, emping cili dan oregano. Kemudian gaul rata. Gaul perlahan untuk elak kentang hancur.
5. Hidangkan ayam bersama kentang tadi.


NOTA: Suhu dan masa memasak mungkin berbeza. Pastikan anda kenal suhu ketuhar masing-masing supaya ayam tidak hangus.
Kredit resipi & foto: Dani J Tang
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

