Resipi Step By Step Paprik Campur. Menu Mudah Pilihan Si Bujang Yang Baru Belajar Masak.

Share

Menu ringkas, mudah dan cepat disediakan sering menjadi tarikan ramai si bujang untuk mencubanya di dapur. Biasanya konsep ala carte yang menjadi pilihan. Bagi anda yang baru pertama kali nak belajar cara masak paprik, resipi ini boleh anda cuba. 

 

PAPRIK CAMPUR

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 150gm isi ayam | dihiris kecil
  • 2 ekor sotong | dihiris bulat
  • 1/2 biji bawang besar|dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 batang serai | dihiris memanjang
  • 2 helai daun limau purut |dihiris kasar
  • 1 tangkai cili merah | dihiris serong
  • 2 sudu makan | pes cili kering
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 2 batang kacang panjang | potong 3cm sedikit
  • Sedikit hirisan bunga kobis
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

 

Langkah 1: Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, hirisan bawang besara dan cili.

 

Langkah 2: Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.

 

Langkah 3: Masukkan hirisan ayam dan sotong, kacau hingga layu.

 

Langkah 4: Masukkan hirisan daun limau purut dan serai.

 

Langkah 5: Masukkan hirisan sayur-sayuran.

 

Langkah 6:  Akhir sekali masukkan sos cili, tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.

 

Sedia untuk dinikmati!

Published by
Nur