Senang je nak buat resipi Strawberry Cheese Tart ni, kalau kita buat sendiri di rumah, mestilah kita boleh letak banyak buah strawberi kan? Puas makan sendiri bila letak banyak strawberi. Tapi kalau nak guna resipi Strawberry Cheese Tart ni untuk jualan pun boleh laku keras. Tak kedekut bahan gerenti ramai yang suka! Resipi Strawberry Cheese Tart telah dikongsikan oleh Chef Nurul Iezzah. Jom kita cuba!
Ringan dan tak penat nak menggosok baju menggunakan Mind Cordless Steam Iron [Rose Gold Edition] dapatkan dengan haraga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
STRAWBERRY CHEESE TART
BAHAN-BAHAN (TART SHELL)
250gm Butter
80gm Gula
1 biji telur
450gm Tepung Gandum
1 sudu the Esen Vanila
CARA PENYEDIAAN:
Pukul butter dan gula sehingga sebati dan bertukar warna menjadi sedikit pucat.
Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sehingga sebati.
Masukkan tepung pastikan tiada ketulan tepung
Sediakan acuan tart untuk dibentuk
Bakar selama 30 minit atau sehingga masak
BAHAN-BAHAN (INTI):
250gm cream cheese
35gm gula aising
1 sudu besar tepung susu
1 biji telur
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan cheese dan gula
Putar sehingga sebati dan masukkan telur
Pastikan adunan rata. Sedia untuk digunakan.
SELAMAT MENCUBA
Kredit: Nurul Iezzah