
Isi Kandungan
ToggleJom masak Sup Ayam hari ni. Istimewa Sup Ayam perkongsian saudara Yayar B. Awang Noh ini adalah ia menggunakan banyak bawang goreng yang ditumis secara berasingan dan kemudiannya dituang ke dalam sup semasa kuah mendidih.
Aromanya…fuhhhh….Sangat wangi dan menyelerakan. Sesuai bagi anda yang suka hirup kuah sup panas, yang mempunyai aroma yang wangi serta ada rasa manis-manis bawang. Memang tak jemu.
Jom cuba masak menu ni. Anda sekeluarga pasti sukakannya.
CARA MASAK SUP AYAM YAYAR
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam – potong kecil
Halia sebesar ibu jari – ketuk
7 ulas bawang putih – tumbuk
1 sudu lada hitam – tumbuk bersama bawang putih – beli online disini
1 sudu serbuk lada putih – beli online disini
3 sudu stok ayam – beli online disini
2 sudu serbuk rempah sup – beli online disini
1 bunjut sup – beli online disini
1 akar daun sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
7-8 biji bawang merah – hiris nipis
Minyak masak secukupnya
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
CARA MEMASAK:
1.Bersihkn ayam dan masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan-bahan lain kecuali garam. Masak hingga mendidih dan ayam masak sempurna.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dengan secukupnya dan goreng bawang merah hingga garing.
3. Masukkan bawang merah goreng bersama minyak gorengan ke dalam sup yang sedang mendidih.
4. Gaul sebati dan tabur hirisan daun bawang serta daun sup.

5. Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat dan Sup Ayam Tumis Darat sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Yayar B. Awang Noh
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim. Sedap!

Tak ada idea nak masak menu apa di hari cuti ni? Ni min nak kongsi resipi perkongsian dari saudari Fatin Pauzi. Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim. Nampak sedap! Cara nak masak pun mudah. Apa lagi, jomlah cuba!
AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – dibersihkan
- Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
- Bawang putih – mayang
- 1 biji cili besar @ cili merah- mayang
- 3 biji cili padi – mayang
- 10 tangkai cili kering – potong kecil
- Daun kari
- Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
- Pes asam jawa secukupnya
- Tepung gandum
- Telur
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong ikut saiz yang diingini.
2. Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
3. Kemudian tumis cili kering bersama daun kari hingga garing.
4. Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah.
5. Seterusnya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram Ikut kuantiti ayam.
6. Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
7. Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang potong besar. Gaul rata hingga sos sebati pada ayam.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fatin Pauzi
Singgang Ayam Letak Bendi, Ada Budu Potong Cili Padi Lagi Tambah Selera

Isi Kandungan
ToggleSinggang Ayam letak sayur bendi, makan pula dengan nasi putih dan budu yang ditambah dengan cili padi potong, memang terangkat.
selalu dengar singgang ikan je kan, tapi sebenarnya ayam pun sedap kalau dibuat singgang.
Makan macam ni, memang boleh buat makan bertambah. Lauk ini juga sesuai untuk dibuat lauk berpantang. Sesuai juga buat yang berdiet, ratah sahaja lengkaplah hidangan.
SINGGANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam- dipotong & cuci bersih
- kunyit-dihiris
- lengkuas-dihiris
- halia-dihiris
- bawang putih-dihiris
- serai-diketuk
- bawang merah-dihiris
- cili besar/cili padi- belah tengah
- bendi
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam sudah dicuci bersih kedalam periuk.
2. Masukkan lengkuas, halia, serai, kunyit, bawang putih, bawang merah
3. Masukkan air sehingga ayam tenggelam.
4. Letakkan periuk diatas dapur dan biar hingga mendidih.
5. Bila kuah mula mendidih boleh masukkan bendi dan cili merah atau cili padi.
6. Masukkan asam keping. Jika suka lebih masam boleh lebihkan dan sebaliknya.
7. Perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa anda.
8. Boleh tutup api bila semua bahan sudah masak dan cukup rasa.
INFO: Kalau suka boleh letak sedikit budu kedalam masakan tapi harus seimbangkan dengan garam sebab budu ada rasa masin.
KREDIT: Popeye Rasta
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
10 Menu Lauk Pauk Yang Sedap, Mudah Dimasak & Cepat Siap

Jika anda tiada idea untuk masak menu apa, boleh cuba 10 resipi lauk pauk yang dikongsikan Umie Watie ini.
Resipi yang senang, cepat dan sedap ini, sesuai juga buat anda untuk mencari-cari menu sempena Ramadan nanti.
TUMIS JANTUNG PISANG
BAHAN TUMIS:
1 biji jantung pisang | dihiris
1 biji bawang merah | tumbuk halus – beli online di sini
2 ulas bawang putih | tumbuk halus – beli online di sini
Ikan bilis – beli online di sini
Cili api – beli online di sini
Asam keping – beli online di sini
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
CARA MASAK:
1. Semua bahan tumis tadi, kecuali asam keping dan jantung pisang, ditumbuk halus. Panaskan minyak, tumis hingga naik bau.
2. Bila bahan tumisan kita dah garing elok, masukkan asam keping dan 1 cawan air. Biarkan semua bahan tadi bercampur mesra.
3. Masukkan jantung pisang yang kita dah hiris tadi.
Dapatkan Angie Jewels Crossly Shell Pearl Necklace & Bracelet Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
4. Biarkan dia mereneh. Saya suka dia sedikit kering. Jadi saya biarkan dengan api kecil dan kerap kacau-kacaukan.
5. Bila jantung dah lembut, perasakan dengan garam secukupnya. Dah siap, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
ASAM PEDAS AYAM NYONYA STYLE
BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam
1 biji bawang merah**
3 ulas bawang putih**
½ inci halia** – beli online di sini
10 tangkai cili kering** – beli online di sini
2 sudu besar serbuk kari ikan – beli online di sini
Belacan sebesar guli**
Asam jawa sebesar bola pinpong
Terung
Tomato
Daun limau purut
(Bahan bertanda ** kisar halus. Cili kering tu saya rebus kejap bagi lembut barulah kisar)
TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live
CARA MASAK:
1. Tumiskan bahan kisar dengan serbuk kari ikan. Kenapa guna kari ikan? Sebab kari ikan lebih kuat bahan rempahnya berbanding serbuk kari ayam. Tapi kalau awak nak guna serbuk kari ayam pun tak salah. Tumiskan sampai pecah minyak ya. Guna api kecil saja tau.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Bila bahan tumisan kita elok garing dan pecah minyak bolehlah masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan daun limau purut. Kacau rata, renehkan 10 minit.
3. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih sampai ayam kita empuk elok. Saya guna api kecil dan tutupkan periuk.
4. Bila ayam dah masak masukkan terung dan tomato. Kacau rata, biarkan mereneh lagi sampai terung kita lembut. Perasakan dengan garam. Matikan api.
KANGKUNG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 ikat kangkung
2 keping ikan masin
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Cili api
Cili merah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MASAK:
1. Mula-mula kita gorengkan ikan masin. Saya guna ikan tenggiri jeruk, boleh beli di pasaraya ye.
2. Bila ikan masin kita dah masak dan lerai dari tulang, masukkan semua bahan kecuali kangkung. Tulang ikan tu buang la ye.
Dapatkan Restore Air Mist Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
3. Masukkan ¼ cawan air bila bawang semua dah layu. Biarkan mendidih ya.
4. Masukkan kangkung yang telah kita cuci bersih. Saya tak bubuh dah garam. Semua dah cukup rasa. Gaul sekata. Dah siap.
GULAI IKAN MASIN NENAS TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
Ikan masin
Nenas
½ kotak santan
BAHAN A:
1 biji bawang merah**
3 ulas bawang putih**
1 peket kecil serbuk kari ikan
BAHAN B:
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh halba campur
Cili kering
Daun Kari
(Bahan bertanda ** kisar halus)
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MASAK:
1. Dalam periuk, bubuh bahan yang telah kita kisar dengan 1 peket kecil serbuk kari. Bubuh air ¼ cawan. Biarkan api kecil, sesekali kacau-kacaukan. Kita nak rempah kita ni masak. Tak bubuh minyak tau. Biarkan lebih kurang 3 minit.
2. Masukkan nenas dan ikan masin pilihan sendiri. Ini saya guna ikan duri. Masukkan air lebih kurang 1 ½ cawan. Biarkan dia mereneh. Saya tak rebus asing tau nenas tu. Sebab nak rasa masam manis dari nenas. Biarkan sampai nenas layu.
3. Masukkan ½ kotak santan. Kalau suka banyak kuah boleh tambah air lagi tau. Masa ni kalau nak perasakan garam boleh la bubuh. Tapi saya tak bubuh pun. Dah sedang helok dah rasa gulai ni.
4. Dalam kuali lain, tumiskan bawang merah, bawang putih yang dimayang. Masukkan cili kering, halba campur dan daun kari. Tumiskan sampai naik bau wangi dan bawang kita layu.
5. Masukkan dalam periuk berisi kuah gulai kita tadi. Kacaukan supaya semua rata. Matikan api.
6. Akhir sekali, saya masukkan cili api, cili hijau dan cili merah. Ini optional saja. Boleh je kalau tak nak masukkan. Dah siap.
DAGING MASAK HITAM SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
500 g daging
2 biji bawang merah**
4 ulas bawang putih**
1 inci halia**
2 batang serai**
Asam jawa (saiz setengah bola pingpong)
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kerisik
¾ cawan kicap
Daun limau purut
(Kisarkan bahan bertanda **)
Dapatkan British Polo Amira Handbag Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MASAK:
1. Tumiskan bahan kisar dan pes cili. Pes cili tu kalau boleh buat sendiri tau. Baru sedap, kadang yang kat kedai tu masam la, pahit la kadang tu tengik pun ada.
2. Bila elok bahan kisar kita pecah minyak, masukkan kerisik dan air asam jawa. Kalau tak bubuh kerisik pun takpe, tapi kalau bubuh padu wei. Rasa dia manis kelapa tu. Lepas tu dia ada rasa lemak.
3. Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu. Masukkan juga kicap manis pilihan.
4. Masukkan daun limau purut. Ini wajib bubuh tau. Barulah daging hitam wangi. Biarkan lauk mereneh. Matikan api. Dah siap.
SUP DARAT
BAHAN A:
Ayam | dipotong kecil-kecil
1 batang saderi
1 biji kentang | dibelah 4
1 batang serai
2 ulas bawang putih | diketuk
½ inci halia | diketuk
Cili api | diketuk
BAHAN B:
Daun sup | dihiris
Cili merah | dihiris
1 biji bawang merah | ditumbuk
Limau nipis | dipotong 2
Bawang goreng
Dapatkan La Gourmet Macaron Collection 1.5L Glass Blender Mint Green dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MASAK:
1. Dalam periuk, masukkan semua bahan A. Rahsia sup ni tambah sedap ialah gunakan ayam yang segar.
2. Bubuh air secukupnya, rebus sampai ayam dan kentang empuk. Sambil tu, siapkan bahan kedua pula. Bila dah semua bahan empuk perasakan dengan garam.
3. Masukkan bahan B semua bila ayam dan kentang kita dah empuk. Tak perlu tunggu mendidih. Lepas masukkan bahan ni, terus matikan api. Dah siap.
BENDI GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
20 batang bendi
½ biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji tomato*
3 biji cili api*
Sedikit belacan*
1 cawan udang kertas
CARA MASAK:
1. Kisar bahan yang bertanda *. Belacan tu ejaslah ikut kegemaran ye. Nak bubuh banyak atas sikit. Terpulang. Tumiskan sampai bahan kita ni garing.
2. Bila semua bahan dah garing, masukkan udang kertas. Udang kertas ni ada orang panggil udang putih. Ikutlah mana-mana kan. Saya bubuh secawan udang kertas. Terpulang pada awak nak bubuh berapa banyak. Gaulkan semua sampai udang masak helok.
3. Masukkan bendi yang telah dicuci dan dipotong serong. Kacau-kacaukan sebati ya. Saya tak bubuh air langsung tau.
4. Tadaaaa dah siap pun lauk kita hari ni. Bendi belacan udang bersepah siap.
SAMBAL BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
3 papan petai
Segenggam cili kering
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Segenggam bilis
1 keping asam keping
CARA MASAK:
1. Mula-mula basuh bilis dan gorengkan sehingga garing. Tapi api kecil saja tau, elok rangup bilis tu nanti.
2. Baki minyak tadi, tumiskan bawang merah + bawang putih + cili kering yang dikisar halus. Minyak banyak tak apa, nanti kita buang bila dah siap. Minyak banyak mudah sambal kita masak rata.
3. Masukkan sekeping asam keping. Masukkan air ¼ cawan biarkan mereneh dan pecah minyak kembali. Ulang proses ni 2 atau 3 kali untuk sambal yang cantik warna dan tahan lebih lama.
4. Petai tadi tu basuh bersih dan hiriskan. Ketepikan. Kemudian, bila sambal elok pecah minyak, masukkan petai, perasakan dengan garam dan gula ikut selera.
5. Gaulkan sebati, tutup api dapur. Tonggekkan sikit kuali biar minyak dia terkumpul di tepi. Nanti minyak tu kita buang tau.
6. Bila sambal dah suam elok, bubuh bilis tadi. Dah siap.
AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN-BAHAN:
Ayam | dipotong & digoreng terlebih dahulu
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
½ cawan sos cili
½ cawan air
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang holland | dihiris membulat
1 tin kecil kacang peas
CARA MASAK:
1. Kisarkan bahan bertanda *. Kemudian, panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili dan air. Biarkan mereneh dengan api kecil.
3. Bila sambal dah mula memekat, masukkan ayam yang dah digoreng. Masukkan juga minyak sapi. Kalau nak tahu minyak sapi ni yang buat ayam masak merah kita berbau harum dan rasa lemak. Warna sambal juga lebih cantik berkilat.
4. Masukkan kacang peas yang ditoskan terlebih dahulu dan bawang holland. Kacau dan gaul sekata. Dah siap.
PUCUK UBI GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk ubi
20 tangkai cili kering*
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
½ inci halia*
2 batang serai*
Segenggam bilis*
Asam keping
CARA MASAK:
1. Bahan bertanda * dicincang halus. Saya gunakan chopper je. Kalau tak ada chopper bolehlah tumbuk kasar. Asam keping tu hiris halus dulu. Cili kering tu sebelum kita cincang rendam dengan air panas bagi lembut dulu.
2. Cuci bersih pucuk ubi, toskan sehingga kering. Gorengkan dalam minyak yang banyak sedikit demi sedikit. Gorengkan sehingga daun bertukar jadi hijau tua.
3. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar kasar tadi. Tumiskan sampai sambal garing. Saya tak masukkan sedikit pun air tau. Gunakan api kecil supaya tak hangus.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Gorengkan lagi sampai betul-betul garing. Sampai dia bertukar warna sedikit gelap. Matikan api biarkan sambal ni suam. Jangan lupa toskan minyak dari sambal.
5. Bila dah suam, masukkan pucuk ubi yang digoreng tadi. Minyak tadi kita buang tau. Gaulkan semua sebati. Toskan lagi, bila sejuk bolehlah di simpan di dalam botol. Dah siap
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Simpan Resipi Mudah Buat Tart Coklat Cadbury Ini, Memang Sedap!
Resipi Mudah & Super Sedap, Asam Rebus Ikan Parang @ Asam Pedas Utara
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: