Resipi Sup Bebola Ikan Bersama Mi Telur Paling Ringkas & Mudah!

Share

Bila malam, ramai yang kurang gemar untuk menikmati sajian yang berat. Oleh itu, anda boleh mencuba sajian Sup Bebola Ikan Bersama Mi telur ni. Hidangan berkuah panas ni memang layan. Jom cuba!

 

SUP BEBOLA IKAN BERSAMA MI TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji bebola ikan
  • 1 mangkuk mi telur | dicelur dan toskan
  • 1/2 biji bawang besar | dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 2cm halia muda | dihiris memanjang
  • 1 pokok daun bawang |dihiris memanjang 3cm
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk, biarkan hingga kuah mendidih.
  2. Masukkan pula  bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Seminit kemudian masukkan bebola ikan
  4. Masukkan serbuk perasa ayam, serbuk lada sulah dan  garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan daun bawang, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi mi telur.

INFO CHEF: Untuk rasa lebih enak, sup ini boleh dinikmati dengan sambal cili udang kering.

 

Published by
Nur