Resipi Sup Celup Wai Wai Sedap & Mudah, Enak Hirup Kuah Panas-Panas
November 20, 2023
Share
Suka makan sup panas-panas? Boleh cuba resipi Sup Celup Wai Wai yang dikongsi oleh saudari Anis Atokman. Sangat sedap, mudah dan tentunya membuka selera ramai.
Menu ringkas ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kanak-kanak pun pasti gemarkannya. Jom masak menu ni hari ni. Kalau cuaca tengah sejuk, lagilah enak.
CARA MASAK SUP CELUP WAI WAI YANG MUDH, RINGKAS & SEDAP
BAHAN UTAMA: Kuetiau Wai Wai – boleh ganti dengan mi kuning / bihun / mi segera 1 ekor ayam – dipotong & dicuci 2-3 labu bawang putih jeruk (*) 5-6 ulas bawang putih biasa (*) 2 inci halia (*) 1 sudu makan minyak bijan – beli online disini
BAHAN TAMBAHAN: Bebola daging Kangkung – celur Tauge – celur Crab stick – celur Fish cake – celur Kacang tanah kisar Cili flakes Sos cili Thai – campur dengan sedikit jus limau nipis
CARA MEMASAK: 1.Untuk kuah, ketuk atau cincang bahan bertanda (*) dan tumis. 2.Masukkan ayam. Gaul sekejap bersama bahan tumis. 3.Masukkan air ikut kuantiti yang sesuai dengan kuantiti ayam. 4. Masukkan semua bahan. Jika bahan yang tiada sukatan, masukkan mengikut kesesuaian. Kicap jangan banyak sangat. Cukup sekadar kuah nampak gelap. 5. Biarkan kuah mendidih sekejap. 6. Masukkan bebola daging diikuti akar dan batang ketumbar. 7. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
8.Perah asam limau. Kacau sebati. Siap. Untuk menikmatinya, letak mi dalam mangkuk, letak bahan-bahan tambahan dan tuang kuah sup. Makan bersama sos. Selamat mencuba!