Musim hujan ini hidangan yang paling enak dimakan adalah sup. Dapat hirup sup panas-panas memang menyelerakan.
Antara idea yang boleh dihidangkan adalah sup cendawan ayam. Sup ini lebih sedap dihirup begitu saja tanpa makan dengan nasi.
Resipi Sup Cendawan Ayam
Bahan-bahan
4 ulas bawang putih -diparut halus
4 ulas bwg merah -diparut halus
2 inci halia -diparut halus
1 dada ayam atau isi ayam
3 bungkus isi ketam -diracik halus
1 bungkus kecil cendawan hitam kering – rendam dan gunting halus
1 bungkus kecil cendawan shitake kering – rendam dan gunting halus
3 kiub pati ayam
1 botol sos tiram
1 tin jagung
4 biji telur
Tepung jagung (dibancuh dengan air sedikit)
Cara masak
1. Rebus isi ayam. Selepas masak keluarkan ayam kemudian racik halus isi ayam.
Ads
2. Tambahkan air dalam air rebusan ayam tadi mengikut kuantiti sup yang ingin dimasak.
3. Selepas air mendidih, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan cendawan, isi ayam dan sos tiram. Gaul rata. Perasakan sup, tambah kiub pati ayam atau sos tiram ikut kesesuaian rasa.
5. Kemudian masukkan jagung serta isi ketam.
6. Kacau sup, bila sudah mendidih masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung. Pastikan sup sentiasa digaul semasa memasukkan tepung jagung. Masukkan tepung jagung mengikut kepekatan yang dikehendaki.
Ads
7. Akhir sekali masukkan telur sedikit demi sedikit. Pastikan sup sentiasa digaul semasa memasukkan telur.
8. Selepas habis masukkan telur biar seketika.Ketika ini boleh rasa sup, boleh tambah apa yang kurang, jika kurang pekat, boleh tambahkan tepung jagung.
Nikmat betul dapat hirup sup yang masih hangat dimakan bersama nasi yang baru dimasak setelah seharian penat bekerja. Resepi sup ekor ala thai yang dikongsikan oleh Putri Bungsu di Facebook ini sangat mudah untuk disediakan sebagai menu makan malam bersama keluarga. Bosan juga asyik sup ayam ataupun daging, apa kata kalini kita tukar selera sikit masak sup ekor lembu ala thai! Jangan malas, jom kita cuba resepi ni sekarang!
Ada harinya kita tak berselera untuk makan nasi dan tak tahu nak makan apa. Bila tiba hari begini elok sangat buat sup kulit wantan bersama telur hancur ini.
Bila dah hidang dalam mangkuk, memang akan terus rasa ‘bernafsu’ untuk makan. Enak sangat bila dihirup, terasa lega dan puas. Paling penting hidangan ini mengenyangkan walau dimakan tanpa nasi.
Resipi Sup Kulit Wantan
Bahan-bahan
Kulit wantan -dipotong memanjang
1 biji telur
1 biji tomato -dipotong
Daun bawang
Minyak masak
Air secukupnya
Lada putih
Pati ayam
Garam
1 sudu minyak bijan
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak masak dan pecahkan telur, hancurkan.
2. Masukkan tiga cawan air, biarkan sehingga mendidih dan masukkan perasa iaitu lada putih, secubit pati ayam dan garam.
3. Kemudian masukkan hirisan daun bawang, tomato yang dipotong dadu dan kulit wantan yang dipotong memanjang.
Reneh sehingga kulit wantan lembut. Akhir sekali titis sebeberapa minyak bijan. Sedia dihidang.
Masak sup fishball pun sedap. Letak di dalam bihun goreng atau mi goreng sebagai bahan tambahan juga enak. Dalam menyediakan masakan ini, carilah fishball yang bertanda halal, lebih puas menikmatinya. Fishball ni boleh juga dibuat secara homemade. Buat sendiri lagi terjamin kebersihannya. Kalau ada yang nak cuba buat dikongsikan resepi.
HOMEMADE FISHBALL
Bahan-bahan:
6 ekor ikan sardin/ikan kembung/ikan Selayang
Lada hitam
Garam
2 sudu besar tepung ubi
Air secukupnya
Sup bunjut
Daun saderi
Cara membuat:
1) Guna ikan sardin, ikan kembung atau ikan Selayang.Ikan yang banyak isi sesuai je. Hiris nipis ambil isinya sahaja (kisar sampai hancur). Kalau nak rebus dulu pun boleh cuma manis ikan tu kurang sikit. 2) Masukkan lada hitam sikit, garam bukit sikit.Kalau siapa suka pedas nak letak paprika pun boleh 3) Masukkan tepung ubi dan gaul rata. 4) Panaskan air kalau nak sedap letak sup bunjut dan daun saderi masa didih kan air tu. Sementara gentel bulat-bulat.Masukkan dalam air tu tadi, biar 3 minit.ok siap masak. 5) Kalau suka sayur, tambah sayur dalam adunan ikan tadi gentle-gentel jadi lah bebola ikan dan sayur.
*bebola ikan ini boleh untuk makan tengah hari atau malam sebelum pukul 7. Sedap kalau dibuat sup boleh makan macam tu je. Setiap hidangan 4 hingga 5 biji cukup yang lain boleh frozenkan nak makan tinggal terjunkan je dalam sup ke dalam sayur ke.