Makan

Resipi Sup Dumpling Halal Bersama Mee Wantan Kicap Mudah

Share

Sup Dumpling yang dijamin halal memang enak dinikmati bersama Mee Wantan Kicap yang sangat sedap ini. Makan semangkuk memang tak cukup.
Bagi anda yang menggemari sajian Cina ini, usah makan di restoran lagi. Anda sudah boleh masak sendiri di rumah menggunakan resipi mudah perkongsian saudari Aisyah Humaira.
Sekali masak, nah…satu keluarga boleh makan. Lebih jimat, sedap dan tentunya kebersihan lebih terjamin. Barulah makan tanpa rasa was-was. Jom cuba!

CARA MASAK SUP DUMPLING HALAL BERSAMA MEE WANTAN KICAP MUDAH

BAHAN INTI DUMPLING:
1 keping isi ayam bahagian dada saiz besar
10 ekor isi udang
Dumpling pastry (segera) secukupnya
1/2 batang lobak merah – disagat halus
2 tangkai daun bawang – dihiris
1 sudu kecil serbuk lada sulah – beli online disini

1 sudu kecil minyak bijan – beli online disini
Serbuk cukup rasa
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan isi ayam dan udang. Kisar tanpa air dua bahan ni atau cincang lumat.

2.Campurkan semua bahan diatas kecuali ‘Dumpling pastry’ dan kacau sebati.

3. Sudukan inti di tengah kulit dumpling dan sapu air dengan jari dikelilingnya supaya melekat.

4. Lipat dua, sapu lagi air keliling dan kelim setiap bucu wantan dengan kemas.
BAHAN SUP DUMPLING:
Bebola ikan
Tauhu telur lembut
4 ulas bawang putih – tak perlu hiris
3 keping hirisan halia
1 biji bawang besar – dipotong 4
1/2 batang hirisan lobak putih – dihiris bulat
1 kiub pati ayam – beli online disini
2 sudu besar serbuk pati ayam
Garam & gula jika perlu
Air secukupnya – mengikut banyak kuah yang disukai
CARA-CARA BUAT SUP DUMPLING:

1. Rebus semua bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan.

2. Bila bahan rebusan sudah lembut, bolehlah keluarkan semua bahan rebusan dan ambil kuah sahaja.
3. Masukkan dumpling yang sudah siap dibuat awal tadi diikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan.

4.Kemudian tabur daun bawang. Bila dumpling timbul ke atas maknanya sudah masak.

BAHAN MEE WANTAN KICAP:
Mee wantan
2-3 ulas bawang putih – hiris
Kicap lemak manis – beli online disini
Kicap pekat – beli online disini
Minyak bijan
CARA MASAK MEE WANTAN:
1.Lerai-leraikan mee wantan. Celurkan sekejap mee wantan di dalam air panas menggelegak dengan sedikit minyak.

2. Kacau dan toskan mee lalu bilas dengan air biasa. Ulang proses ini sebanyak 3 kali untuk dapatkan hasil mee yang licin bersih. (Celur sekejap sahaja bukan rebus lama).

3. Tumis bawang putih hingga garing kemudian keluarkan bawang.
4. Masukkan kicap lemak manis secukupnya, beberapa titik minyak bijan, sedikit kicap pekat dan sedikit kuah sup dumpling.
5. Masak sekejap semua bahan ni dan gaul bersama mee wantan. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur