Antara menu tradisi berasal dari Pekan, Pahang yang diketahui ramai adalah Puding Raja, opor daging dan laksa Pahang. Tapi yang satu ini jarang didengar iaitu sup kicap.
Menurut Echot Aisyah Meor Zahid sup kicap ini antara lauk istimewa yang dihidangkan ketika kenduri kendara di Pekan Pahang dan selalu dinanti. Bagi yang teringin merasai keenakan sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi.
Cara buat sup kicap
Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
2 senduk kecil cili kisar
Daging / Tulang
Bawang besar potong 4
Ubi Kentang (jika suka
Cili padi (jika suka
Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
Sedikit gula melaka
Cara membuat
1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.
2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.
3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.
4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.
Ads
5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.
6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.
Lauk kari tulang bersama rebung ni sebenarnya sangat sedap. Sesuai dimakan dengan nasi ataupun roti. Boleh juga kalau makan dengan lempeng. Semuanya OK.
Kena pulak rebung madu yang segar, terasa-rasa tekstur yang rangup memang sedaplah bila digabungkan dalam kari. Korang mesti cuba menu ni kerana sangat sedap, tak menyesal kalau korang cuba, silap-silap boleh jadikan menu kenduri ni.
KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
150 gram rebung jeruk | cuci bersih dan tos
500 ml air rebusan tulang
250 ml santan
1/2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan sebuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3 cm kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
6 ulas buah pelaga
5 biji bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm halia muda
3 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
3. Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
4. Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
5. Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
6. Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
7. Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
8. Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
9. Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
10. Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
Sup Daging citarasa asli Thailand ni memang sedap. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
SUP DAGING ORI THAI
BAHAN A:
300gm daging tetel – hiris
3 inci halia – tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumbar
1 biji bawang Holland kecil
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh gula
Air secukupnya
BAHAN B:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
2 batang serai
Cili padi secukupnya
Daun limau purut
1 biji bawang Holland
Daun ketumbar – hiris
½ biji tomato
2 biji jus limau nipis
3-4 sudu makan sos ikan
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
Ramai orang suka makan nasi minyak tiap kali kenduri. Mesti rindukan nak makan nasi minyak. Tapi dengan sekarang keadaan kes yan semakin meningkat, ada yang terpaksa ditangguhkan niatnya.
Yang teringin nak makan nasi minyak, bolehlah cuba resipi nasi minyak bersama daging masak hitam dan acar tumis yang dikongsikan Nurul Ateekah ini.
NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 pot beras basmati 1 cawan susu cair 5 biji bawang merah | dihiris halus 3 ulas bawang putih | dihiris halus 2cm halia | dihiris @ ditumbuk 1 batang serai | diketuk 1 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 batang kecil kayu manis 3 biji bunga cengkih 2-3 sudu besar minyak sapi Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit (hujung sudu) Garam & serbuk perasa (agak-agak)
1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan (P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air). 2. Tumiskan bahan-bahan sehingga naik bau. Dalam gambar, yang warna putih tu saya letak minyak kambing (rebusan air kambing mengeluarkan minyaknya, lemak beku tu la. Macam minyak sapi tu)
6. Masukkan beras. Lubangkan 4 tempat dan masukkan pewarna kuning telur. Tunggu 10 minit, gambuskan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.
7. Bila nasi dah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar dan kismis (jika suka).
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg daging (direbus sehingga empuk) 4@5 sudu besar kacang peas dalam tin (jika suka) 1 kotak kismiss @ 4 sudu besar kismis ½ botol kecil kicap manis (saya guna cap kipas udang) 1 batang serai | diketuk 2 batang daun kari 1 sudu besar air asam jawa 2 biji bawang besar | dihiris halus 2 sudu besar serbuk kari daging 1 sudu besar serbuk sup 1 batang kayu manis + 1 biji buah pelaga + 1biji bunga lawang + 2 biji bunga cengkih 3 sudu besar gula pasir @ gula melaka Garam & serbuk perasa Minyak masak (untuk menumis) 4 senduk air rebusan daging
5 batang batang serai 10 tangkai cili kering (boleh tambah jika suka pedas) Halia sebesar ibu jari 20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar 4 biji buah keras 10 biji bawang putih
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai, bawang yang dihiris, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis. Masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. 2. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak dan masak. 3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk kari dan serbuk sup (masak seketika).
4. Masukkan 1 sudu besar air asam jawa, kicap manis dan air rebusan daging (4 senduk) dan masukkan sekali daging yang telah direbus. 5. Masukkan kismis, kacang peas dan masak sehingga agak sedikit kering (kalau suka berkuah pun tak apa) 6. Perasakan dengan gula melaka, gula putih, garam dan serbuk perasa (rasakan secukup rasa yang dimahukan). Siap.
ACAR TIMUN BERTUMIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji timun | dipotong 1 biji lobak merah | dipotong 15 biji bawang kecil 15 biji bawang putih 2 cm halia | dihiris halus 1 sudu besar biji sawi 3 sudu besar cili kisar 1 sudu besar rempah kari ikan 1 sudu besar gula melaka 1 sudu besar gula putih 2 sudu besar kismis 2 sudu besar cuka Garam (agak-agak) Serbuk perasa 1 tangkai daun kari 3 sudu besar minyak masak
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan biji sawi dan daun kari. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak. 2. Masukkan serbuk kari dan masak seketika. Masukkan halia, bawang kecil dan bawang putih, masak sehingga lembut (guna api perlahan). 3. Apabila sudah lembut, masukkan cuka, garam, gula melaka, gula putih, serbuk perasa dan kismis. 4. Masukkan lobak merah dan timun. Masak sehingga lembut.
P/S: sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam, ayam masak tomato, ayam masak merah, kari ayam, kari daging, masak kurma ayam, daging,kambing atau telur atau ikut yang disukai.