Resipi Sup Mamak Power. Perghh…Semangkuk Memang Tak Cukup!

Share

Sup Ayam Mamak resipi perkongsian saudari Hajal Aishah Zakirai ni memang terbaik. Panas, pekat dan cukup perisa. Memang layan habis! Jika keluarga anda sukakan hidangan bersup, menu ini wajib untuk anda cuba.

SUP AYAM MAMAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – dipotong kecil
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • Kiub pati ayam secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi – diketuk
  • 2 sudu makan ( atau lebih) tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
  • 1 batang lobak merah- potong
  • 3 biji ubi kentang – potong
  • 2 liter air

BAHAN KISAR:

  • Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 2 buku bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) – jangan ambil yang halus-halus.

BAHAN PELENGKAP:

  • Daun ketumbar/daun sup/ daun bawang
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian panaskan minyak dan tumis bersama buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam diikuti ubi kentang, lobak merah, cili padi, air dan perasakan dengan garam serta kiub pati ayam.
  3. Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum mengikut kepekatan yang dihendaki. ( empunya resipi tak letak)
  4. Angkat dan tabur bahan pelengkap sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hajal Aishah Zakirai

Published by
Nur