Udon adalah sejenis mi dari Jepun yang selalu digunakan dalam masakan. Ia juga sudah semakin diterima masyarakat di negara ini yang sememangnya suka mencuba pelbagai makanan.
Jika selalu makan mi sup, bihun sup atau kuetiau sup, tapi kalau mahukan kelainan boleh juga gunakan udon ini. Rasa supnya ringan, tiada rasa rempah tapi sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Anna Lee.
Resipi sup mi udon
Bahan-bahan
Udon
Bawang putih – cincang
Bawang merah – cincang
Mushroom seasoning
Seaweed
Ikan bilis
Garam
Daun bawang
Lobak putih -dipotong(pilihan)
Japanese dumpling (boleh perisa udang)
Steamboat mix
Fucuk ikan
Sawi Jepun atau pak choy
Cara membuat
1. Bawang merah dan putih goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak goreng bawang. Masukkan air dalam periuk, letak sikit bawang yang digoreng, sedikot mushroom seasoning, bilis, garam, kemudian rebus.
3. Masukkan juga lobak putih, selepas menggelegak masukkan dumpling dan mix, steamboat dan fucuk ikan. Bila semua bahan sudah masak, masukkan udon.
4. Taburkan seaweed dan bawang goreng dan bolehlah dimakan. Boleh juga ditambah dengan cili potong.
Makan panas-panas waktu hujan memang sedap.
Kredit resipi & foto: Anna Lee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Bihun Sup Tumis Sedap Guna Serbuk Lada Sulah.
Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun sup PAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk
- 2 ketul kiub pati ayam
- 1 sudu teh lada sulah (lada putih)
- Sedikit daun sup dan daun bawang
- Bihun secukupnya
- 1 liter air
BAHAN LAIN:
- Secubit garam – jika perlu
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
- Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
- Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
4 Resipi Mudah Masak Soto & Laksa, Memang Sedap!
Menu soto dan laksa, hidangan paling sesuai untuk menggantikan nasi. Sedap dan juga mengenyangkan.
Sesuai dimakan pada bila-bila masa saja, lagi-lagi sarapan dengan soto dan laksa, memang terangkat!
Soto dan laksa, sajian kaya rempah dan berperisa ni memang kegemaran zaman berzaman-zaman.
SOTO AYAM BLC
BAHAN BAHAN:
1 ekor ayam | potong 4
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk lada putih
(2-4 biji) bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
2 sm kayu manis
TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap
BAHAN UNTUK MENUMIS/DIHIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
BAHAN UNTUK MENUMIS/DIKISAR :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu teh lada hitam
BAHAN SAMBAL CILI KICAP:
Segenggam cili padi | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
Kicap lemak manis ikut suka
1 -2 biji limau kasturi (perah airnya)
(Goreng dulu cili + bawang putih dan kisar, satukan semua bahan dengan kicap)
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih.
4. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.Masukkan ayam dan gaul seketika.
5. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
6. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
7. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
8. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur.
9. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik.
10. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
INFO CHEF: Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
400gm satu paket spageti
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
BAHAN A:
1 kg ikan kembung | direbus & ambil isi
500gm ikan parang | direbus & ambil isi
500gm udang basah | rebus & ambil isi
3 keping ikan kurau masin
5 sudu makan udang kering | direbus bersama 3-4 ekor udang basah
TONTON Creamy Garlic Butter Chicken
BAHAN B:
8 keping asam gelugur
3 biji kelapa parut (ambil santan pekat)
1 sudu makan gula melaka
1 mangkuk air rebusan udang & air rebusan ikan
BAHAN DIKISAR HALUS:
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 sm halia
4 sm lengkuas
2 sm kunyit hidup
3 sm belacan
9 sudu makan biji ketumbar
3 sudu makan biji jintan putih
3 sudu makan jintan putih
2 biji buah keras
4 sudu makan kerisik
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN ULAMAN:
Limau kasturi | dipotong untuk diperah
Tauge
Daun kesum @ daun selasih
Timun
Sambal belacan
Bawang besar | dipotong bulat
Kacang panjang
Lobak asin
CARA MASAK:
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
6. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
7. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
8. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi.
INFO CHEF: Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang, anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor sardin segar | asingkan isi dari tulang
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk
Minyak untuk menumis
1 ikat kangkung
1 lobak merah | dipotong jejari
50 gm kubis bunga
350 gm bihun | direndam dengan air biasa
Air secukupnya
4-5 keping keropok mentah
Garam secukup rasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MASAK:
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan.
2. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau.
3. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk.
4. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Sajian asal di Terengganu menggunakan mee lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat.
KARI LAKSA UDANG YABBY
BAHAN PES LAKSA (DIKISAR):
300 gm cili kering | dibuang cili
150 gm halia | dihiris nipis
200 gm ulas bawang putih | diketuk
180 gm bawang kecil
80 gm serai| dihiris halus
½ cawan minyak masak
2 sm belacan | dibakar terlebih dahulu
1 ½ sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk jintan putih
600 gm udang yabby
200 gm kek ikan (sudah dimasak)
¼ cawan minyak masak
200 ml santan kelapa
1 liter air stok ayam
10 keping tofu (jika suka)
12 auns peha ayam | dibuang tulang & kulit
400 gm mi laksa
2 sudu kecil gula melaka @ gula perang/garam kosher
3 biji telur rebus lembut
Gula & garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MASAK:
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
3. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
4. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
5. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Celur laksa dan tauge dalam air panas.
6. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama tauge, daun pudina, hirisan limau dan sambal (jika suka).
INFO CHEF: Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ini Tipnya NakTelur Rebus Menjadi Dengan Cantik & Senang Dikupas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Bihun Sup Ala PAMA, Makan Panas-Panas Memang Sedap
Siapa suka sangat bihun sup PAMA.Bihun sup ala ala bihun sup segera brand PAMA versi jimat dan boleh makan sampai kenyang.Senang, cepat dan sedap rasanya sama macam bihun PAMA tu. Nak lagi best, tambah isi ayam dan telur goyang. Memang tak menyesal cuba.
Bihun sup ala PAMA
Bahan-bahan:
Bawang putih
Isi ayam
Kiub pati ayam
Garam
Serbuk lada
Minyak masak
Air secukupnya
Telur
Daun Sup
Cili flakes
Asam limau
Cara membuat:
- Bawang putih dicincang dadu dan tumis dengan sedikit minyak masak sehingga kekuningan. Ketepikan
- Rebus isi ayam bersama kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Rebus hingga isi ayam masak.
- Kalau air rebusan berkurang, tambah air biar secukupnya.
- Letakkan bawang putih yang ditumis bersama minyak ke dalam rebusan ayam.
- Masukkan bihun ke dalam kuah sup (bihun tak perlu direbus terlebih dahulu)
- Pecahkan telur dan biar sekejap hingga telur separuh masak. Perlahankan api.
- Akhir sekali taburkan daun sup dan cili flakes. Siap untuk dihidang. Jangan lupa perah asam limau tau
Kredit: Zara Latif
Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official