Resipi Sup Mudah Dan Sedap Tambat Selera Sahur. Tak Ambik Masa Lama Pun!

Share

Buat yang kering idea atau baharu ‘bermesra’ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk dibuat untuk hidangan berbuka mahu pun bersahur. Selamat mencuba.

 

1. SUP AYAM THAILAND

BAHAN-BAHAN:

  • 1/4 ekor ayam | dipotong kecil
  • 1 batang serai | dititik
  • 2sm lengkuas | dititik
  • 1 batang saleri | dipotong serong
  • 1 biji tomato | dipotong empat
  • 1 batang akar daun ketumbar
  • 3-4 biji cili padi | dipotong
  • ½ biji limau nipis
  • 1biji  bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang merah | dikisar
  • 1 ulas bawang putih  | dikisar
  • Sedikit sos ikan
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
  2. Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
  3. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
  4. Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
  5. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.

 

INFO CHEF: Jangan biarkan kulit limau nipis di dalam sup untuk mengelakkannya dari menjadi pahit. Seeloknya, hanya masukkan perahan limau nipis sahaja tanpa kulitnya.

 

 

 

2. SUP IKAN SAWADEE-KA

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 keping isi  ikan merah
  • 1 batang serai | dititik
  • 2sm lengkuas | diketuk
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • 3 biji bawang merah | dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 3-4 sudu besar perahan limau nipis
  • 1 kiub pati ikan
  • 5 biji cili api | dipotong serong
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun bawang
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Minyak bagi menumis
  • Sedikit bawang goreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak.  Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
  4. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.

 

INFO CHEF: Sesetengah resipi di Thailand menggantikan penggunaan limau nipis dengan belimbing buluh.

 

 

 

3. SUP BEBOLA DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm bebola daging
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih | dimayang
  • 2sm halia | dihiris halus
  • 1/2 batang saderi | dipotong halus
  • 3-4 biji cili padi | dihiris halus
  • 1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia.  Kemudian masukkan air.
  2. Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
  3. Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
  4. Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia  dihidang.

 

INFO CHEF:

 Jika bebola daging yang  digunakan mempunyai bau yang  ‘kuat’, anda boleh perahkan limau  nipis atau masukkan cuka ke dalam sup.

 

 

 

 

4. SUP SAYUR DIET

BAHAN-BAHAN

  • 4-5 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 biji bawang kecil | dihiris halus
  • 2sm halia | diketuk
  • 2 ketul tauhu | dipotong empat
  • 100 gm putik jagung
  • 200gm cendawan shimeji
  • 2 biji tomato | dipotong enam
  • 200gm brokoli
  • 1/2 batang saderi
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • Air secukupnya

 

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak zaitun dan  tumiskan bawang putih beserta  bawang merah dan halia.
  2. Apabila naik bau, masukkan air  dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan brokoli, putik jagung dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan  masukkan sayuran yang lain.
  4. Perasakan secukupnya dengan garam dan pati ayam dan akhir  sekali masukkan tauhu.
  5. Biarkan mereneh seketika sebelum menutup api.

 

INFO CHEF: Anda boleh mempelbagaikan pilihan sayur-sayuran yang mahu digunakan dalam resipi ini.

 

 

 

 

5. SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 2sm halia | dikisar
  • 2 biji telur
  • 100gm kacang pea
  • 100gm sawi bak choy
  • 2 biji tomato | dipotong empat
  • 50gm suhun
  • 30gm sayur fucuk
  • 2 sudu besar pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam kasar
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar minyak

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
  3. Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
  4. Apabila mendidih, segera  masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
  5. Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
  6. Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.

 

INFO CHEF: Untuk telur yang sempurna, gunakan api sederhana  panas supaya kuningnya cair dan bahagian putihnya masak elok.

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim