Resipi Sup Telur Cendawan, ‘Energy Booster’ Buat Anda Yang Tidak Sihat.

Share

Tempoh hari, admin ada kongsikan resipi sup antibiotik jika anak-anak kecil tidak sihat. Memandangkan sekarang memang musim ‘penyakit datang’, jadi admin mahu share satu lagi resipi yang sesuai dimakan kalau anda mengalami demam dan badan terasa lembik.

Telur, cendawan dan bunga kubis mempunyai sumber protein yang dapat memberi tenaga. Jadi kalau anda sudah kehilangan banyak tenaga dan badan jadi lesu, sup ini memang sangat sesuai untuk boost semula tenaga.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 10 tangkai cendawan tiram | dipotong
  • Sedikit bunga kubis | dipotong
  • Sedikit daun sup | diracik kasar
  • Sedikit suhun
  • 1 mangkuk air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.
  2. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
  3. Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Published by
Nur