Wow…Sup Telur Chinese Style ni nampak sangat sedap dan membuka selera. Biasanya sajian begini dihidangkan di hotel-hotel, restoran Chinese Muslim dan juga restoran makanan laut. Tapi dengan adanya resipi Sup Telur perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni, anda pun boleh masak hidangan ini di rumah. Sedap dan lebih jimat. Nikmatinya paada bila-bila masa. Memang terbaik! Jom cuba!
1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang putih dan halia. Biarkan hingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, masukkan filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian tuang bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga sup menjadi pekat.
4. Kacau Sup Telur secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan-lahan. Ia penting supaya telur tidak bergumpal.
5. Perasakan Sup Telur dengan secubit garam, cuka dan kicap pekat. Sebatikan.
6. Angkat dan hidangkan Sup Telur bersama hirisan daun bawang serta minyak bijan.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/sangat-sedap-30-menu-harian-masakan-kampung-kena-cuba/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official